Produk CoBT Kg Bambangan bukti kejayaan komuniti majukan pelancongan

SANDAKAN – Produk Pelancongan Berasaskan Komuniti (CoBT) di Kampung (Kg) Bambangan, Batu Sapi menjadi contoh terbaik kejayaan penduduk tempatan membangunkan potensi pelancongan di kawasan masing-masing.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, inisiatif yang digerakkan oleh Ketua Kg Bambangan, Awang Ahmad bersama penduduk setempat sejak lima tahun lalu kini menunjukkan hasil positif apabila kampung itu diiktiraf sebagai kluster pertama Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM) pertama di Sandakan oleh MOTAC.

“Program seperti ini mempunyai potensi besar untuk dikembangkan.

“Di Kg Bambangan, pelbagai produk pelancongan berasaskan komuniti ditawarkan termasuk kraftangan, seni budaya, aktiviti mendaki, memancing rakit, ‘bird watching’ serta aktiviti kunang-kunang malam,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Destinasi Pelancongan Berasaskan Komuniti (CoBT) Kg Bambangan, Batu Sapi, di sini pada Sabtu.

Khairul berkata, pelaksanaan program seumpama itu memberi limpahan manfaat ekonomi secara langsung kepada penduduk setempat apabila mereka turut terlibat dalam industri pelancongan.

“Apabila sektor pelancongan berasaskan komuniti ini diperkasakan, kesannya bukan sahaja kepada daerah berkenaan tetapi juga kepada masyarakat yang terlibat secara langsung,” katanya.

Menurut beliau, selepas kejayaan di Kg Bambangan, tumpuan seterusnya ialah di Kg Segaliud yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan komuniti kedua di Sandakan pada tahun depan.

Mengulas mengenai sokongan kerajaan terhadap pengusaha CoBT, Khairul berkata bantuan diberikan dalam tiga bentuk utama iaitu latihan, dana pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur.

“Mereka diberikan latihan dan pendedahan untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan menepati piawaian serta memenuhi kehendak pelancong.

“Dana juga disalurkan bagi membantu menaik taraf kawasan pelancongan agar lebih menarik dan bersih,” katanya.

Beliau berkata, kementerian turut memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur di kawasan CoBT bagi meningkatkan pengalaman pelancong, termasuk di Kg Bambangan yang telah menerima bantuan infrastruktur sejak dua tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan perbincangan sedang dijalankan dengan syarikat penerbangan Scoot dan Batik Air bagi mewujudkan laluan penerbangan terus dari Singapura ke Sandakan.

“Perbincangan sedang berjalan dengan baik dan mendapat maklum balas positif. Insya-Allah, tahun depan kita akan ada penerbangan terus dari Singapura ke Sandakan.

“Ini akan memberi manfaat besar kepada pemain industri pelancongan tempatan,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu bekalan air di Kg Bambangan, Khairul Firdaus berkata Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah mengeluarkan tender berkaitan kerja pembaikan paip air di kawasan itu.

“Sekarang kita hanya menunggu keputusan tender dan kerja dijangka bermula sama ada tahun ini atau awal tahun depan bagi melancarkan pengagihan bekalan air di kg ini,” ujarnya.

Related Posts

Pos kawalan sempadan Brunei lanjut operasi hingga tengah malam sempena Hari Gawai

LIMBANG – Jabatan Imigresen Negara Brunei Darussalam mengambil inisiatif melanjutkan tempoh operasi beberapa pos kawalan sempadan sehingga jam 12 tengah malam selama lapan hari, bermula 26 Mei hingga 2 Jun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ATB 2 tahan 12 PATI, gagalkan penyeludupan lembu, barang kawalan

LAHAD DATU – Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya menahan 15 PATI dan mematahkan penyeludupan beberapa ekor lembu serta barang kawalan di dua lokasi berasingan, pada Ahad. ATB 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pos kawalan sempadan Brunei lanjut operasi hingga tengah malam sempena Hari Gawai

Pos kawalan sempadan Brunei lanjut operasi hingga tengah malam sempena Hari Gawai

ATB 2 tahan 12 PATI, gagalkan penyeludupan lembu, barang kawalan

ATB 2 tahan 12 PATI, gagalkan penyeludupan lembu, barang kawalan

‘Segulai Sejalai’: Pesta Kebudayaan Kapit 2026 meriah, angkat keharmonian pelbagai kaum

‘Segulai Sejalai’: Pesta Kebudayaan Kapit 2026 meriah, angkat keharmonian pelbagai kaum

Bantuan JKM RM18.7 juta ceriakan golongan rentan di Limbang, Lawas sempena Hari Gawai

Bantuan JKM RM18.7 juta ceriakan golongan rentan di Limbang, Lawas sempena Hari Gawai

2 penjenyah maut berbalas tembakan dengan polis

2 penjenyah maut berbalas tembakan dengan polis

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma