Warga emas digesa kuasai ilmu digital, elak cucu terjebak pengaruh media sosial

KUCHING – Warga emas digesa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan digital bagi melindungi keluarga, khususnya cucu, daripada ancaman media sosial dan pengaruh negatif dunia siber yang kian menular.

Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli berkata, warga emas kini memainkan peranan penting sebagai penjaga cucu ketika ibu bapa mereka keluar bekerja, justeru kefahaman terhadap penggunaan gajet dan internet amat penting bagi menjamin keselamatan generasi muda.

“Ramai antara kita yang menjaga cucu sendiri di rumah. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita memastikan mereka tidak terdedah terlalu awal kepada gajet dan media sosial,” katanya menerusi ucapan video sempena Sambutan Hari Warga Emas 2025 di Pustaka Negeri Sarawak pada Jumaat.

Japri menegaskan, literasi digital dalam kalangan warga emas bukan sekadar untuk mengelak penipuan siber, tetapi juga bagi memastikan mereka dapat membimbing keluarga ke arah penggunaan teknologi secara sihat dan beretika.

Beliau menambah, laporan terkini menunjukkan peningkatan kes buli siber, penyebaran maklumat palsu serta salah laku remaja, yang berpunca daripada pendedahan awal kepada media sosial dan permainan digital.

“Apabila kanak-kanak terlalu awal terlibat dalam dunia maya, mereka tidak mampu membezakan antara realiti dengan fantasi. Ini boleh mengakibatkan perubahan tingkah laku yang tidak normal jika tidak dibendung,” ujarnya.

Sementara itu, Japri menyeru semua pihak termasuk agensi kerajaan, pertubuhan sosial dan masyarakat awam supaya terus memperkukuh program pemerkasaan warga emas yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosial serta digital.

“Warga emas berkorban banyak untuk membesarkan generasi kini. Kini tiba masanya mereka pula diperkasakan dengan ilmu yang membolehkan mereka terus menjadi pelindung dan pembimbing kepada cucu-cucu,” katanya.

Program yang dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Klinik Kesihatan Petra Jaya dan Kelab Digital Warga Emas (DIWARMAS) itu menampilkan pelbagai sesi ilmiah dan kesedaran seperti ‘Kenapa Warga Emas Perlu Vaksin Influenza?’ oleh Dr. Sharifah Khadijah Wan Mohamad Suut, ‘Sarkopenia dalam Warga Emas’ oleh Eunice Tuyan Iben, ‘Cemerlang di Usia Emas’ oleh Pegawai Psikologi Nur Azni Hadis, serta ‘Sihat Mental Warga Emas Ceria’ oleh Pegawai Psikologi dan Kaunseling Mohd Azwan Fakhruddin Abdul Halim.

Turut diadakan sesi ‘Pendedahan Bahaya Digital’ oleh Bahagian Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, serta demonstrasi penggunaan aplikasi MySejahtera untuk temujanji kesihatan. 

Program berakhir dengan sesi’ MENGENALPASTI AI JAHAT DAN TIPS KESELAMATAN’ dan tayangan video perasmian sempena pelancaran rasmi Kelab Digital Warga Emas Kuching (DIWARMAS).

Sepanjang program, warga emas turut menikmati kemudahan imunisasi percuma vaksin influenza, saringan kesihatan, ujian kolesterol dan gula darah, selain pameran hasil rekaan digital DIWARMAS yang berlangsung sepanjang Oktober.

Foto kredit: Facebook Sentuhan Qaseh

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai