Kurikulum 2027 tekan pendidikan karakter secara terancang, bentuk jati diri pelajar

PUTRAJAYA – Program Pembentukan Karakter yang merupakan satu daripada inisiatif utama di bawah kurikulum persekolahan 2027 dilaksana Kementerian Pendidikan (KPM) bagi melahirkan murid yang bersahsiah unggul, beradab dan bertanggungjawab.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, program itu anjakan strategik dalam sistem pendidikan negara bagi memperkukuh pembangunan sahsiah dan nilai murni secara menyeluruh serta berstruktur dalam kalangan murid.

“Pada peringkat prasekolah, ia akan dilaksanakan secara bersepadu menerusi aktiviti harian pembelajaran

“Pada peringkat sekolah rendah dan menengah pula, masa khusus selama 60 minit seminggu akan diperuntukkan dalam jadual waktu.

“Ini bagi membolehkan aktiviti pembentukan karakter dilaksanakan secara terancang dan berfokus,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Program itu menekankan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada aktiviti yang menumpukan penghayatan nilai, tingkah laku positif, serta penerapan adab dan akhlak dalam konteks kehidupan seharian murid.

Menurut KPM, inisiatif itu cerminan komitmen KPM untuk melahirkan generasi yang holistik dalam aspek akademik, sahsiah dan jati diri.

Terdahulu, Fadhlina ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Khamis memaklumkan, mata pelajaran Pendidikan Karakter akan menjadi tunjang utama kepada Kurikulum Persekolahan 2027 yang bakal dilaksanakan bermula tahun depan.

Beliau berkata, KPM ketika ini sedang membuat persiapan bagi pelaksanaan kurikulum itu yang akan dimulakan oleh pra sekolah bagi memperkasa lagi pembangunan peribadi dan sahsiah murid.

Pada masa sama, katanya, KPM akan terus memberi tumpuan kepada aspek nilai, akhlak dan peribadi yang terkandung dalam kurikulum sedia ada.

Related Posts

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

PUTRAJAYA – Isu berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH)  tidak seharusnya ditunggang oleh mana-mana pihak demi kepentingan politik sempit atau membina persepsi liar sehingga menggugat keyakinan pendeposit.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah drastik menghantar pasukan khas ke Islamabad, Pakistan berikutan laporan penahanan beberapa rakyat Malaysia yang disyaki menjadi dalang sindiket penipuan dalam talian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan