Bantuan Tabung Kasih@HAWANA bukti komitmen Kementerian Komunikasi bela nasib pengamal media

KOTA KINABALU – Wartawan sambilan Asia Times Pulse, Salamat Tambanan, 66, yang kehilangan tempat tinggal akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Sarapung, Penampang menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA daripada Kementerian Komunikasi.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sumbangan itu sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan kerajaan membantu pengamal media yang terkesan akibat bencana alam.

Salamat, yang telah berkhidmat dalam dunia kewartawanan sejak tahun 1979, merupakan penerima ke-31 Tabung Kasih@HAWANA di Sabah.

“Bantuan berbentuk kewangan dan barangan keperluan asas ini diberikan bagi meringankan beban yang ditanggung, selain sebagai penghargaan atas sumbangan beliau terhadap bidang kewartawanan selama lebih empat dekad.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan warga media, terutamanya mereka yang terjejas akibat bencana,” katanya dalam program sumbangan Tabung Kasih@HAWANA, di sini pada Khamis.

Menurutnya, Tabung Kasih@HAWANA, yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dilancarkan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 dan telah memberi manfaat kepada 533 pengamal media di seluruh negara setakat ini.

Turut hadir dalam majlis penyerahan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarang Bernama merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025, Arul Rajoo Durar Raj.

Related Posts

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

LATAR pendidikan undang-undang, pengalaman kepimpinan mahasiswa dan pencapaian dalam pertandingan pidato antarabangsa menjadi kelebihan calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

CALON muda yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin perlu diberi ruang untuk membuktikan kemampuan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA