Institusi fatwa wajar diperkasa hadapi cabaran dunia digital

SIBU — Fatwa yang berpaksikan nas syariah dilihat sebagai panduan utama dalam memelihara keutuhan akidah umat Islam.

Ketika dunia digital semakin mencabar nilai dan kepercayaan, fatwa yang jelas dan berupaya menjadi panduan untuk memastikan masyarakat kekal berada di landasan yang benar.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dalam suasana dunia digital yang dipenuhi pelbagai ideologi asing dan pandangan mengelirukan, umat Islam perlu berpaut kepada sumber hukum yang sahih bagi mempertahankan keimanan serta menangkis pengaruh ajaran sesat.

“Fatwa berautoriti adalah benteng yang dapat menghalang fahaman sesat dan pengaruh yang boleh merosakkan akidah. Dengan penjelasan yang jelas dan disebarkan secara meluas, masyarakat akan lebih terarah serta tidak mudah terpengaruh dengan provokasi yang menggugat kepercayaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Fatwa Peringkat Sarawak di Kompleks Islam Sarawak, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan peranan fatwa bukan hanya terbatas kepada menjawab persoalan hukum, malah menjadi jambatan yang menghubungkan nas syariah dengan realiti kehidupan masyarakat yang unik dan berbilang kaum di Sarawak.

Beliau turut menyeru agar institusi akademik, penyelidik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam terus memainkan peranan aktif dalam meneliti serta membincangkan isu-isu semasa berkaitan hukum dan akidah bagi memastikan keputusan fatwa sentiasa relevan dengan perubahan zaman.

“Masyarakat Islam di Sarawak hendaklah menghormati setiap penjelasan hukum dan keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berautoriti serta berpegang teguh kepada panduan yang selaras dengan nas syariah,” tegas beliau.

Katanya, sikap berhati-hati dalam menerima maklumat agama khususnya di media sosial amat penting bagi mengelak kekeliruan dan perpecahan dalam kalangan umat.

Turut hadir, isteri TYT Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi; Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha; Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohamad Sabri Haron; Mufti Negeri Sembilan, Prof. Madya Datuk Dr. Faudzinaim Badaruddin serta tetamu lain.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan