AGC teliti laporan penuh SPRM babit Ismail Sabri

PEJABAT Peguam Negara (AGC) sedang meneliti laporan penuh siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan, masih ada banyak dokumen dan aspek keterangan perlu diteliti.

“Proses-proses itu mungkin akan mengambil masa, selain terdapat keperluan untuk siasatan lanjut dijalankan,” katanya lapor BH Online.

Pada 9 September lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, wang tunai berjumlah hampir RM170 juta yang disita SPRM dan dipercayai milik Ismail Sabri kini secara rasmi menjadi hak kerajaan serta dimasukkan ke akaun kerajaan.

Azam berkata, perkara itu susulan keputusan Ismail Sabri yang tidak berhasrat mencabar permohonan pihak pendakwaan melucut hak wang tunai berkenaan.

Sementara itu, Mohd Dusuki turut mengulas berhubung perkembangan kes membabitkan menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, ketika ini siasatan ke atas ahli perniagaan, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan sudah selesai.

“Siasatan ke atas menantu Muhyiddin selesai dan arahan untuk pertuduhan sudah ada,” katanya.

Muhammad Adlan dipercayai berada di Asia Barat dan usaha mengesan beliau masih dijalankan.

Pada Oktober 2023, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor mengesahkan permohonan notis merah ke atas Muhammad Adlan dan Mansoor sudah diserahkan kepada Polis Antarabangsa (Interpol).

Tindakan menyenaraikan nama mereka di dalam notis merah itu dilakukan selepas dimohon SPRM untuk mengetahui keberadaan kedua-dua individu itu.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin