KBS angkat cadangan kembalikan penghormatan guru ke Jemaah Menteri

PUTRAJAYA – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyarankan Kementerian Pendidikan mengembalikan semula penghormatan terhadap guru sebagai langkah penting menangani pelbagai masalah sosial dalam kalangan pelajar termasuk isu buli di sekolah.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, luahan itu disuarakan pihak tersebut kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika pertemuan dalam Persidangan Meja Bulat Belia di kementerian berkenaan, pada Khamis.

Menurut beliau, saranan tersebut akan diangkat sebagai perkara utrama menerusi nota Jemaah Menteri dalam memastikan wujud tindakan bersama antara pelbagai kementerian sebagai usaha dalam membanteras perbuatan buli secara pragmatik.

“Saya rasa cukup penting ( berkenaan) cadangan kembalikan penghormatan guru) dan ada banyak suara yang kata kita perlu kembalikan penghormatan guru di sekolah.

“Apa maksud guru mesti dihormati dan kalau ibu bapa tak memberikan penghormatan kepada guru, susah untuk guru melaksanakan tindakan disiplin dan tatatertib di sekolah,” katanya dalam sidang media selepas sesi meja bulat tersebut, pada Khamis.

Bagaimanapun, Hannah memaklumkan kumpulan belia dilihat memberi pandangan berbeza apabila menyifatkan penghormatan guru perlu diperoleh melalui tindakan, bukan memiliki kuasa secara langsung.

Menurutnya, hasil keseluruhan perbincangan akan dikumpulkan dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi sebagai nota makluman kepada Kabinet.

“KBS selalunya akan sediakan nota Jemaah Menteri sebagai nota makluman kepada Kabinet dan kita ada saranan-saranan di situ yang kementerian lain boleh beri perhatian dan bekerjasama,” jelasnya.

Sementara itu, Hannah memaklumkan, Kementerian Kewangan memperuntuk tambahan bajet kepada KBS bagi tahun depan dengan peningkatan 60 peratus daripada RM25 juta kepada RM40 juta.

Kata beliau, peruntukan tersebut akan digunakan bagi pelaksanaan program Rakan Muda termasuk RM5 juta khusus untuk inisiatif melawan buli.

“Kita akan lihat intervensi yang sesuai di bawah program Rakan Muda dan membantu kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina yang sedang mengumpulkan dapatan daripada sesi town hall,” katanya lagi.

Jelas Hannah, usaha KBS adalah pelengkap kepada inisiatif kementerian lain termasuk Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam membina generasi prihatin serta menoktahkan budaya buli di negara ini.

“Saya rasa mentoring sistem ini menarik kerana melibatkan golongan lain yang boleh membantu. Kalau kita hanya bergantung kepada guru ataupun PIBG, kebanyakan mereka mempunyai tanggungjawab asas.

“Mungkin tidak ada masa untuk luangkan masa bagi kes-kes spesifik tetapi kita ada banyak golongan belia dan NGO yang sebenarnya boleh membantu,” katanya.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16