Tentera Zionis serbu Masjid Al-Hijra, paksa jemaah hentikan solat

BAITULMAQDIS – Tindakan biadab tentera Zionis menyerbu Masjid Al-Hijra di Beit Hanina, Baitulmaqdis Timur ketika jemaah sedang menunaikan solat semalam, mencetuskan kemarahan umat Islam.

Menurut Hamas, serbuan itu dilakukan tanpa rasa hormat apabila beberapa tentera memasuki ruang solat dengan memakai kasut dan memaksa jemaah menghentikan solat.

Ahli Biro Politik Hamas, Haroun Nasser al-Din, mengecam keras tindakan itu yang disifatkan sebagai penghinaan terhadap kesucian rumah Allah serta bukti jelas rejim Zionis tidak menghormati agama, nilai kemanusiaan dan maruah umat Islam.

Beliau turut menegaskan, serangan itu adalah sebahagian daripada perang agama yang berterusan terhadap tapak suci Islam, termasuk Masjid Al-Aqsa, selain sekatan dan penindasan terhadap penduduk Palestin di Baitulmaqdis.

Dalam rakaman video berdurasi satu minit 50 saat yang tular, kelihatan seorang tentera Zionis menepuk bahu jemaah yang sedang solat, memeriksa kad pengenalannya dan membawa keluar dua lelaki dari dalam masjid.

Tindakan itu sekali lagi memperlihatkan kebiadaban dan keangkuhan tentera penjajah Zionis yang terus mencemari tempat suci umat Islam tanpa rasa bersalah.

Related Posts

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

NAIB Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, mengeluarkan amaran keras pada awal pagi Isnin bahawa keselamatan di Selat Hormuz tidak dapat dijamin sekiranya eksport minyak negara itu terus disekat. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan