Siapa Hadi label orang lain sebagai Dajjal, soal Khairuddin

TINDAKAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabel pemimpin dan parti tertentu sebagai ‘Dajjal’ adalah sangat mengelirukan.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tuduhan Abdul Hadi kononnya kerajaan menggunakan ‘kebendaan’ sebagai alat mendapatkan sokongan politik adalah tuduhan yang pelik.

“Dalam politik Islam, pembangunan fizikal untuk rakyat adalah kewajipan kerajaan yang memerintah.

“Ia adalah prinsip asas dalam politik Islam.

“Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menegaskan prinsip ini,” jelasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd Khairuddin dalam masa sama turut mengingatkan Abdul Hadi mengenai punca kerusi Parlimen Kemaman perlu dilakukan pilihan raya semula tahun lalu.

“Presiden Pas (mungkin) terlupa bahawa kemenangan ahli Parlimen mereka di Kemaman dibatalkan Mahkamah Pilihan raya pada 26 September 2023 kerana terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu melalui dana bantuan i-Belia dan i-Siswa.

“Begitu juga kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu… turut dibatalkan Mahkamah Pilihan raya pada 27 Jun 2023 dengan alasan yang sama… iaitu wujudnya unsur rasuah dalam kempen pilihan raya umum ke-15,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan, dalam persaingan demokrasi moden, kejayaan menguruskan pembangunan negara perlu menjadi cagaran bagi rakyat menilai kejayaan sesebuah kerajaan.

Katanya, jika mempromosi kejayaan pembangunan fizikal kepada rakyat dianggap sebagai ‘kebendaan’ yang dipromosi oleh ‘Dajjal’, maknanya Ahli Parlimen Marang itu mempunyai kefahaman yang mengelirukan dalam memahami politik dan pemerintahan Islam.

“Adakah kegagalan pengurusan air untuk rakyat di Kelantan dan kelesuan pembangunan fizikal rakyat Terengganu sejak Pas mengambil alih negeri itu pada 2018 berpunca daripada kefahaman yang keliru ini.

“Moga kita dijauhkan daripada sifat ‘Dajjal’ yang kerjanya menimbulkan pelbagai kefahaman yang mengelirukan tentang Islam,” katanya.

Related Posts

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka