Koi Waris FELDA hidup semula semangat asal peneroka

KUANTAN – Program ‘Koi Waris FELDA’ adalah antara inisiatif baharu kerajaan Pahang bagi menghidupkan semula semangat perjuangan asal warga peneroka.

Exco FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, program itu bukan sekadar acara, tetapi satu gerakan jiwa dan menjadi jambatan antara warisan dibina dengan masa depan yang ingin digapai.

“Impian kita adalah melahirkan anak muda FELDA yang berdaya saing, berilmu, dan berjiwa besar.

“Menerusi semangat kebersamaan dan kekuatan komuniti… program ‘Koi Waris FELDA’ memberi tumpuan kepada pembangunan jati diri, kepimpinan dan keusahawanan anak muda FELDA,” katanya ketika pelancaran program itu di FELDA Mempaga, dekat Bentong.

Amizar menjelaskan, program berkenaan bukan menumpukan soal pewarisan tanah, tetapi pewarisan amanah, nilai dan semangat perjuangan.

“Saya sendiri merasakan teruja dengan program ini dan sambutan juga sangat menakjubkan.

“Inilah generasi baharu yang memahami makna sebenar perjuangan — bahawa FELDA bukan sekadar sejarah yang dikenang, tetapi masa depan yang sedang dibentuk,” katanya.

Related Posts

Penerbangan antarabangsa mampu pacu pelancongan Sandakan

SANDAKAN – Inisiatif geran padanan bagi penerbangan antarabangsa dan penerbangan sewa khas dijangka membuka peluang lebih besar kepada Sandakan untuk menarik kedatangan pelancong luar negara. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SSM sumbang RM288,000 wakalah zakat korporat, CSR di Jerantut

KUANTAN – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengagihkan sumbangan Wakalah Zakat Korporat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bernilai lebih RM288,000 menerusi empat program kemasyarakatan sekitar daerah Jerantut, pada 10 dan 11…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penerbangan antarabangsa mampu pacu pelancongan Sandakan

  • By Ezmie
  • October 11, 2026
Penerbangan antarabangsa mampu pacu pelancongan Sandakan

SSM sumbang RM288,000 wakalah zakat korporat, CSR di Jerantut

SSM sumbang RM288,000 wakalah zakat korporat, CSR di Jerantut

Pas tak perlu sapu semua kerusi di SG4, beri ruang kepada UMNO

Pas tak perlu sapu semua kerusi di SG4, beri ruang kepada UMNO

Mahfuz gesa Pas berhenti salahkan DAP, jangan heret Trump dalam krisis Negeri Sembilan

Mahfuz gesa Pas berhenti salahkan DAP, jangan heret Trump dalam krisis Negeri Sembilan

Sekolah di Pahang operasi macam biasa esok

Sekolah di Pahang operasi macam biasa esok

Persenda ayat al-Quran tidak boleh dijadikan bahan polemik politik – TKM P.Pinang

Persenda ayat al-Quran tidak boleh dijadikan bahan polemik politik – TKM P.Pinang