PRN17: 81 peratus calon muka baharu, BN Sabah tampil dengan semangat baharu

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah menampilkan hampir 81 peratus calon muka baharu termasuk 50 peratus daripada kalangan anak muda sebagai langkah membawa pembaharuan politik dan menawarkan kepimpinan baharu menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 6 Oktober lalu bukanlah satu kejutan malah telah lama dinantikan oleh rakyat serta parti-parti politik di negeri itu.

“BN Sabah berada dalam keadaan siap siaga yang penuh dengan semangat 100 peratus untuk berhadapan dengan PRN17.

“BN Sabah kini mempunyai 614,994 ahli UMNO di seluruh negeri dan daripada jumlah itu 474,252 ahli layak mengundi dalam pilihan raya akan datang.

“Kita juga akan melancarkan jentera pilihan raya serta pengumuman tawaran baharu menerusi Rancangan Pembangunan Sabah Satu kepada rakyat Sabah,” katanya pada sidang media di bangunan UMNO Sabah, pada Isnin.

Jelasnya lagi, pelbagai tawaran baharu untuk memperbetulkan ekonomi serta masa depan rakyat negeri itu termasuk anak muda yang akan menjadi fokus utama.

“Tawaran utama yang bakal diumumkan ialah penubuhan Tabung Kemakmuran Negeri dan pendidikan percuma untuk semua anak Sabah hingga ke universiti sebagai jaminan masa depan rakyat,” katanya.

Bung juga percaya formula saimbang antara kekuatan akar umbi dan idealisme pembaharuan dalam BN tidak seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang seperti hari ini.

“Belum pun masa yang panjang GRS telah berpecah. Ini disebabkan oleh krisis keyakinan di antara mereka yang paling jelas krisis keyakinan rakyat dengan GRS sudah hilang sama sekali.

“Ini disebabkan kegagalan GRS mengurus isu-isu Sabah, mengurus ekonomi Sabah, mengurus masa depan rakyat Sabah serta apa jua hujah-hujah daripada pemimpin-pemimpin GRS merupakan hujah-hujah retorik dan janji-janji palsu,” ujarnya.

Tambahnya, masalah air akan diselesaikan dalam masa tiga tahun jika BN menang dalam PRN17 Sabah.

“Bagi isu jalan raya ia lebih mudah untuk diselesaikan. Contohnya seperti projek Lebuhraya Pan Borneo kerana hanya memerlukan desakan berterusan daripada Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan supaya peruntukan disegerakan.

“Isu bekalan elektrik juga mempunyai jalan penyelesaian yang jelas dan terus.

“Masalah utama yang masih membelenggu rakyat ketika ini ialah bekalan air bersih,” katanya.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi