2 pengerusi cawangan DAP Sandakan umum keluar parti

SANDAKAN – Dua pengerusi cawangan DAP di Sandakan mengumumkan keputusan untuk keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta bersama ahli-ahli masing-masing.

Dalam kenyataan bersama pada Ahad, Mohd Faried Ismail, Pengerusi DAP Cawangan Yii Villa merangkap bekas Penyelaras Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjong Papat dan Fadlisyam Ismail, Pengerusi DAP Cawangan Happy Valley Sandakan berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan mendalam dan dipersetujui sebulat suara oleh ahli di kedua-dua cawangan.

Mereka menjelaskan keputusan berkenaan bukan dibuat secara tergesa-gesa atau atas desakan mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran serta keinsafan kolektif bagi mempertahankan maruah perjuangan yang dipegang selama ini.

“Keputusan ini dibuat tanpa sebarang paksaan, pengaruh atau tekanan daripada mana-mana pihak.

“Ia berasaskan kepada tanggungjawab kami untuk memastikan perjuangan asal parti tidak tersasar daripada matlamat membela rakyat,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua pemimpin berkenaan turut melahirkan kekecewaan terhadap kepimpinan DAP Sabah yang didakwa semakin jauh daripada semangat perjuangan asal parti serta gagal menghargai sumbangan para veteran yang telah lama berkhidmat dan berkorban untuk rakyat serta parti.

“Kami semakin hilang keyakinan terhadap keupayaan kepimpinan DAP Sabah dalam memperjuangkan hak-hak rakyat dan negeri sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia.

“Arah tuju parti kini dilihat lebih mementingkan kelompok tertentu berbanding semangat perjuangan bersama,” jelas mereka.

Mohd Faried dan Fadlisyam berkata, mereka akan terus memperjuangkan kepentingan rakyat menerusi wadah yang lebih telus, jujur dan berprinsip.

“Walaupun kami meninggalkan parti, perjuangan untuk rakyat akan diteruskan,” menurut kenyataan itu lagi.

Related Posts

Krisis air Terengganu: Sampai bila rakyat perlu menanggung kegagalan?

ISU gangguan bekalan air di Terengganu bukan lagi masalah terpencil atau bermusim. Ia kini menjadi simbol jelas kelemahan tadbir urus utiliti negeri yang gagal diselesaikan walaupun selepas bertahun-tahun pentadbiran Pas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cuti Kaamatan dan Wesak bertindih, pekerja Sabah layak cuti ganti

KOTA KINABALU – Majikan di Sabah yang menetapkan hari Ahad sebagai hari rehat pekerja perlu memberikan cuti kepada pekerja pada 1, 2 dan 3 Jun ini susulan pertindihan tarikh sambutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Krisis air Terengganu: Sampai bila rakyat perlu menanggung kegagalan?

Krisis air Terengganu: Sampai bila rakyat perlu menanggung kegagalan?

Cuti Kaamatan dan Wesak bertindih, pekerja Sabah layak cuti ganti

  • By Ynom
  • May 21, 2026
Cuti Kaamatan dan Wesak bertindih, pekerja Sabah layak cuti ganti

45 peneroka FELDA Jengka 24 terima kotak makanan

45 peneroka FELDA Jengka 24 terima kotak makanan

Sinergi dua agensi kerajaan perkukuh keharmonian komuniti Mukah

Sinergi dua agensi kerajaan perkukuh keharmonian komuniti Mukah

Villa angkat Piala Liga Europa selepas 30 tahun

Villa angkat Piala Liga Europa selepas 30 tahun

Sabah perkemas pendataan digital pekerja asing menerusi SWIMS

Sabah perkemas pendataan digital pekerja asing menerusi SWIMS