Hatrik Haaland musnahkan Israel

PENYERANG sensasi, Erling Haaland mempamerkan ketajaman luar biasa apabila meledak hatrik – selepas dua kali gagal menyempurnakan sepakan penalti – membantu Norway menumpaskan Israel 5-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 di Oslo, malam tadi.

Pertemuan itu turut diwarnai protes besar-besaran berhubung konflik Gaza, sehingga memaksa pihak berkuasa Norway mengambil langkah keselamatan ketat, termasuk menggunakan gas pemedih mata bagi mengawal keadaan.

Norway bermula garang apabila memperoleh sepakan penalti seawal minit ke-3 selepas Patrick Berg dijatuhkan Dan Biton.

Namun, sepakan diambil Haaland diselamatkan penjaga gol Israel, Daniel Peretz.

Walaupun pengadil menggunakan VAR dan mendapati Peretz keluar dari garisan, cubaan kedua Haaland turut gagal apabila Peretz sekali lagi meneka arah dengan tepat.

Kegagalan itu tidak menjejaskan semangat tuan rumah apabila Alexander Sorloth membuka jaringan minit ke-18 melalui hantaran yang terkena belakang pertahanan Israel, Anan Khalaili, sebelum melambung masuk ke gawang.

Seminit kemudian, Haaland menebus kesilapan dengan penyudah tenang hasil hantaran Sorloth.

Pada minit ke-28, kekalutan di benteng pertahanan menyaksikan Idan Nachmias menjaringkan gol sendiri.

Selepas rehat, Haaland terus ‘menggila’ dengan dua tandukan hasil hantaran silang Antonio Nusa, masing-masing pada minit ke-54 dan ke-68 untuk melengkapkan hatrik peribadi.

Haaland kini mengumpul 12 gol dalam enam perlawanan kelayakan, sekali gus menjadi penjaring terbanyak keseluruhan Eropah setakat ini.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan