Polis tahan 5 suspek bawa dadah, migran lepas kereta terbabas

KUANTAN – Lima individu termasuk dua lelaki tempatan ditahan selepas dikejar polis dari Gua Musang dan berakhir di hadapan Balai Polis Dong, Raub, semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, pasukan peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang mengesan sebuah kereta Proton Preve yang dinaiki lima individu di Jalan Tanah Putih, Gua Musang, Kelantan.

Beliau berkata, ketika diminta memberhentikan kenderaan, pemandu enggan berbuat demikian dan memecut sejauh kira-kira 80 kilometer sebelum terbabas di hadapan Balai Polis Dong selepas melanggar tiang lampu isyarat serta sebuah kenderaan lain.

Mohd Shahril berkata, pemeriksaan mendapati terdapat tiga wanita warga Indonesia tanpa dokumen sah bersama 34 biji pil disyaki dadah jenis yaba dan satu peket dipercayai syabu di dalam kenderaan itu.

“Siasatan awal mendapati dua suspek lelaki tempatan pula berperanan sebagai pengangkut atau transporter migran yang menerima bayaran bagi membawa warga asing dari Kelantan ke Kuala Lumpur,” katanya, lapor Bernama.

Mohd Shahril berkata, siasatan lanjut turut mendapati nombor pendaftaran kereta itu juga palsu.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

KULAI – Majlis Perbandaran Kulai Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) menutup serta-merta sebuah kilang dalam kawasan perindustrian, di sini kerana didapati memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik. Pengerusi Jawatankuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

KANGAR – Gara-gara perselisihan faham berkaitan isu peribadi, seorang lelaki yang bertindak membuat hantaran berunsur ugutan untuk mencederakan individu lain menggunakan sebilah pedang, ditahan polis. Pemangku Ketua Polis Perlis, Senior…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029