Koperasi wanita di Pahang kurang aktif

KUANTAN – Terdapat koperasi wanita di Pahang kurang aktif menjalankan aktiviti perniagaan berikutan kecenderungan ahli mereka yang lebih menumpukan kepada produk masing-masing.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang, Ibrahim Hussain berkata, setakat ini, sejumlah 1,173 koperasi berdaftar dengan ahli wanita melebihi 200,000 orang di seluruh negeri ini.

Katanya, hanya sebahagian kecil yang benar-benar aktif menyertai aktiviti ekonomi dan keusahawanan.

“Kita dapati ramai wanita lebih selesa berniaga secara individu. Apabila koperasi ditubuhkan, masing-masing mahu mempromosikan produk sendiri sehingga timbul persaingan dalaman.

“Keadaan ini menjejaskan semangat kerjasama yang menjadi asas utama dalam gerakan koperasi,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Peluncuran Superbowl Lipis di Bangunan Centrepoint, dekat Lipis.

Hadir sama Pengerusi Koperasi Wanita Daerah Lipis Berhad (Kowilip), Wan Norizan Wan Badruzzaman dan wakil rakan strategik Superbowl, Jeriel Seong.

Ibrahim memaklumkan, Kowilip melakar sejarah sebagai koperasi wanita pertama di Malaysia memiliki dan menguruskan pusat boling sendiri sejak Oktober tahun lalu, menerusi kerjasama strategik dengan syarikat swasta.

“Kejayaan koperasi ini dan pencapaian mereka sangat membanggakan, ia membuktikan kemampuan wanita bekerjasama dalam menjayakan projek berskala besar serta menjadi contoh terbaik kepada koperasi wanita lain,” ujarnya.

Related Posts

Pengunjung puji keunikan Taman Negara Niah, sokong usaha naik taraf

MIRI – Pengunjung dari Sabah yang berkunjung ke Taman Negara Niah menyifatkan destinasi berkenaan sebagai antara lokasi pelancongan unik yang wajar terus dipelihara dan dipertingkatkan kemudahannya. Runikah Salion, 28, penjawat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KBSK pantau Kod Sukan Selamat, jamin keselamatan pelajar

TAWAU – Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah terus memperhebat pemantauan pelaksanaan Kod Sukan Selamat di peringkat sekolah atau di bawah institusi pendidikan. Menterinya, Datuk Nizam Abu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

Pengunjung puji keunikan Taman Negara Niah, sokong usaha naik taraf

Pengunjung puji keunikan Taman Negara Niah, sokong usaha naik taraf

KBSK pantau Kod Sukan Selamat, jamin keselamatan pelajar

KBSK pantau Kod Sukan Selamat, jamin keselamatan pelajar

Sarawak tawar pendidikan tinggi percuma, bantuan khas RM876.2 juta

Sarawak tawar pendidikan tinggi percuma, bantuan khas RM876.2 juta

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal