KUANTAN – Yayasan Petronas meneruskan tradisi berkongsi rezeki bersempena perayaan Deepavali tahun ini.
Melalui program Memacu Kehidupan : Deepavali, seramai 200 keluarga menerima sumbangan bakul makanan.
Yayasan Petronas dalam satu kenyataan berkongsi mengenai program itu yang berlangsung di Cameron Highlands, petang semalam.
“Program ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang menerusi inisiatif memperkasa komuniti.
“Majlis dihadiri Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli; Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan dan Pengarah JKM Pahang, Khairul Amri Ahmad,” kata kenyataan itu.
Program Memacu Kehidupan: Deepavali adalah antara komitmen berterusan Petronas – melalui Yayasan Petronas – untuk membangkitkan perasaan kegembiraan dan kasih sayang sempena musim perayaan.
“Kami berharap sumbangan ini dapat membawa keceriaan kepada mereka bersama keluarga tersayang,” kata kenyataan itu lagi.
Setiap keluarga menerima sumbangan barangan makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, garam, tepung, kari ayam dalam tin, teh, minuman berasaskan coklat dan malt serta kekacang.
Selain itu, mereka juga turut menerima makanan bertemakan Deepavali iaitu serbuk briyani masala, tepung campuran kesari dan minyak sapi serta kuih perayaan, seperti murukku, yang disediakan khas oleh peserta program Memperkasakan Kesejahteraan Rakyat





