Belanjawan 2026: Pekerja gig harap gaji minimum, kadar bayaran diselaras

SEREMBAN – Menjelang pembentangan Belanjawan 2026, para pekerja industri gig menyuarakan harapan agar sektor ini diberikan perhatian khusus menerusi penambahbaikan dari aspek penetapan kadar bayaran minimum dan kemudahan kewangan.

Beberapa pekerja p-hailing berkongsi pandangan mereka agar kerajaan mengambil langkah proaktif untuk menyamaratakan hak dan faedah pekerja gig dengan pekerja sektor swasta dan awam, selaras dengan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig yang telah dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Menurut Mohd Faizal Hushin, seorang pekerja p-hailing sepenuh masa, walaupun RUU Pekerja Gig memberi jaminan dari segi perlindungan undang-undang, namun dia berpandangan masih ada ruang untuk penambahbaikan.

“Kita harap pekerja gig juga diberikan kadar bayaran siling yang adil, sepertimana pekerja sektor swasta ada kadar gaji minimum. Mungkin boleh ditetapkan kadar minimum berdasarkan jarak penghantaran (kilometer), supaya lebih telus,” katanya kepada The Malaysia Press.

Dia turut menyuarakan kebimbangan terhadap ketidaksamarataan kadar bayaran antara syarikat platform yang berbeza, yang menyukarkan pekerja gig memperoleh pendapatan stabil, terutama mereka yang bekerja sepenuh masa.

Sementara itu, Zaid Ikmal, seorang lagi penghantar makanan, berharap agar kerajaan dapat memperkenalkan subsidi atau skim pembiayaan khas bagi membantu ‘rider’ memiliki motosikal dengan lebih mudah.

“Kalau boleh, ada subsidi atau kerjasama dengan bank supaya rider boleh beli motor dengan bayaran yang ditanggung atau dipermudah melalui platform. Pendapatan kami tak tetap, jadi memang susah nak buat pinjaman sekarang,” katanya.

Dia menyarankan agar syarikat platform seperti Grab memainkan peranan dengan menjadi pengantara pembayaran terus kepada kedai motosikal sebagai satu bentuk sokongan kepada pekerja gig.

Seorang lagi pekerja p-hailing, Mohd Izani, pula menekankan keperluan penyusunan semula zon operasi atau kawasan tugasan bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan beban penghantaran yang terlalu jauh.

“Contohnya kawasan Seremban sekarang terlalu besar dari Ulu Bendul sampai Gadong. Harapnya boleh pecahkan kepada zon lebih kecil seperti Seremban, Senawang dan sebagainya supaya ‘rider’ tak perlu merentas kawasan luas dalam satu shift,” ujarnya.

Para pekerja gig ini berharap suara mereka diambil kira dalam perancangan Belanjawan 2026 agar industri gig tidak terus dipinggirkan, memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia bergantung kepada sektor ini sebagai sumber pendapatan utama.

Mereka juga menyambut baik langkah kerajaan menggubal RUU Pekerja Gig yang memberi jaminan awal terhadap hak dan kebajikan, namun mengharapkan pelaksanaan yang menyeluruh dan berkesan melalui dasar-dasar belanjawan.

Related Posts

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

PENEMUAN serpihan seramik lama dan beberapa artifak di Bukit Batu Putih, Kuala Perlis mungkin kelihatan kecil pada pandangan biasa, namun di sebalik tinggalan itu tersimpan persoalan lebih besar mengenai sejarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Brunei, hari ini, bagi memulakan lawatan kerja dua hari sempena Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27) Malaysia-Brunei. Anwar yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis