Arak di majlis kerajaan: Anwar beri amaran keras kepada King Sing

DATUK Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung isu hidangan arak melibatkan majlis makan program kerajaan.

Perdana Menteri menegaskan, dasar kerajaan tegas tidak benarkan minuman keras dihidang pada acara rasmi.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bersatu Mas Ermieyati Samsudin memuat naik video di Facebook yang mempersoalkan mengapa minuman beralkohol dihidangkan pada acara majlis makan gala terkait Tourism Malaysia sempena Global Travel Meet (GTM), baru-baru ini.

Beliau menyatakan perkara itu melanggar norma budaya dan Perlembagaan.

Bagaimanapun, King Sing menafikan minuman beralkohol dihidangkan pada majlis makan malam gala anjuran kerajaan, sambil menjelaskan majlis itu sebenarnya dianjurkan rakan kongsi sektor swasta bagi meraikan acara pelancongan global pertama seumpamanya di Malaysia.

Walaupun Tourism Malaysia pada awalnya merupakan penganjur, beliau berkata, pihak sektor swasta melihat wujud peluang untuk mendapatkan urus niaga perniagaan yang besar dan mengambil alih penganjuran majlis makan malam berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan membangkitkan bantahan UMNO terhadap penghidangan minuman beralkohol pada mesyuarat Kabinet yang akan datang.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar