Terima lawatan Trump bukan tanda restu dasar AS, platform tegaskan isu Palestin

PUTRAJAYA – Menerima kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia bukan bermaksud merestui dasar luar negara itu, tetapi memanfaatkan platform diplomatik untuk menyampaikan pendirian Malaysia terhadap isu Palestin di hadapan pemimpin dunia.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, kedatangan Trump harus dinilai secara holistik, berasaskan prinsip syariah serta maslahat ummah di samping menolak kehadirannya bertentangan dengan prinsip memelihara keamanan (hifz al-amn) dan pembangunan tamadun (maqasid al-‘umran) yang digariskan dalam maqasid syariah.

Menurut beliau, pendekatan ekstrem atau boikot secara mutlak bukan sahaja boleh mencalar reputasi Malaysia di pentas antarabangsa, tetapi juga membuka ruang terhadap sekatan ekonomi, serta tekanan diplomatik.

“Ia juga mencipta dimensi  pembalasan dasar dari AS yang mungkin berdampak kepada rakyat Malaysia di sana termasuklah kebajikan serta keselamatan para pelajar, pekerja, rakyat Malaysia yang bermastautin dan komunit dakwah di AS.

“Daripada perspektif fiqh al-mīzān, keputusan kerajaan menerima kunjungan tersebut haruslah berasaskan timbang tara antara maslahat dan mudarat, menegakkan amanah mentadbir negara demi kepentingan rakyat.

“Malaysia juga amat konsisten dalam menzahirkan solidariti terhadap Palestin melalui diplomasi antarabangsa, kenyataan kerajaan dan bantuan kemanusiaan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ahmad Fauwaz berkata, penolakan atas dasar emosi tidak menjamin kebaikan, namun terima kunjungan itu dengan bersyarat, atas niat diplomatik yang buka peluang memperkukuh hubungan antarabangsa, menarik pelaburan dan memberi ruang kepada Malaysia menyatakan pendirian tegas terhadap Palestin.

“Secara realitinya, hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dengan AS memainkan peranan yang signifikan. Menurut laporan Investment Climate Statements oleh Jabatan Negara AS, stok Pelaburan Langsung Asing (FDI) dari AS ke Malaysia mencapai AS$85.8 bilion bagi tahun 2024.

“Itu mencerminkan pertumbuhan 14.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, menurut US Trade Representative, dagangan barangan dan perkhidmatan antara AS dan Malaysia bernilai sekitar AS$86.5 bilion pada 2024, meningkat 20.5 peratus daripada 2023. Ini bukti betapa pentingnya pasaran dan pelaburan AS dalam ekonomi Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Fauwaz berkata, walaupun wujud konflik atau perbezaan pendirian terhadap kehadiran Trump ke Malaysia, umat Islam tidak boleh dikuasai oleh prasangka atau emosi hingga mengabaikan keadilan dan maslahat sejagat.

Beliau menegaskan, kepelbagaian pandangan itu telah menimbulkan kekeliruan pada masyarakat, terutamanya apabila emosi atau sentimen radikal mendominasi naratif yang boleh membawa mudarat terhadap negara dan umat Islam.

“Dalam tradisi siyasah syar‘iyyah, fuqaha dalam mazhab Syafi’i seperti Imam al-Māwardī dalam kitabnya, al-Ahkām al-Sulṭāniyyah menegaskan bahawa pemerintah dibenarkan mengadakan perjanjian damai (ṣulḥ) dengan pihak bukan Islam sekiranya terdapat maslahat yang nyata sama ada untuk melindungi keselamatan umat atau menjaga kepentingan negara.

“Hal ini selari dengan praktik Rasulullah SAW dalam Perjanjian Hudaibiyah serta amalan Khulafā’ al-Rāshidīn yang turut mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan golongan bukan Islam demi kestabilan politik dan ekonomi.

“Islam juga amat menitikberatkan adab terhadap tetamu. Jika seseorang pemimpin bukan Islam datang dalam kapasiti rasmi dan aman, tuan rumah wajib memberikan layanan wajar selagi tidak membawa pengiktirafan terhadap dasar yang menindas atau menjejaskan umat Islam,” katanya.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX