Lawatan PM Pakistan perkukuh hubungan dua hala – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan rasmi Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif, ke Malaysia selama tiga hari bermula Ahad sebagai cerminan keakraban hubungan dua hala yang terjalin erat antara kedua-dua negara.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini, Anwar meraikan ketibaan pemimpin Pakistan itu dalam satu majlis sambutan rasmi yang diadakan pagi tadi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

“Perdana Menteri Shehbaz dan delegasi turut diberi sambutan rasmi, termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja,” katanya.

Antara yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menurut Anwar, usai sambutan rasmi, kedua-dua pemimpin mengetuai delegasi masing-masing dalam sesi mesyuarat dua hala dan pertemuan tertutup yang berlangsung dalam suasana mesra, terbuka dan konstruktif.

“Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh persahabatan dua negara, tetapi turut membuka lembaran baharu kerjasama strategik demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan Pakistan,” katanya lagi dalam hantaran tersebut.

Kunjungan itu merupakan sebahagian daripada usaha memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, pertahanan dan industri halal, sejajar dengan aspirasi kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan strategik yang saling menguntungkan.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan