Dasar luar Malaysia terhadap Palestin antara tumpuan sidang Dewan Rakyat

PUTRAJAYA – Pendirian dasar luar Malaysia, khususnya terhadap Palestin serta isu Kampung Baru antara perkara utama dibangkitkan pada hari pertama Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-15 yang bermula hari ini.

Merujuk kepada Aturan Urusan Mesyuarat di laman Parlimen, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) pada sesi soal jawab meminta Menteri Luar menyatakan perubahan utama dalam pendirian dasar luar Malaysia selepas Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam, khususnya berhubung situasi di Palestin.

Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) pula meminta Perdana Menteri menjelaskan mengapa pembangunan tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur seperti Kampung Baru menghadapi cabaran yang ketara dan sejauh mana faktor-faktor seperti pemilikan tanah bertindih dan nilai pasaran terhad, menyumbang kepada isu terbabit.

Sementara itu, Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) bertanya kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengenai ketersediaan serta perkembangan ekosistem pasaran dagang karbon negara.

Beliau juga ingin tahu jumlah senarai memorandum persefahaman dua hala dimeterai kerajaan dalam pasaran kredit karbon negara berdasarkan Sumbangan Ditentukan Negara menurut Artikel 6.2 Perjanjian Paris.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) pula meminta Perdana Menteri memaklumkan status terkini cadangan pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

William Leong Jee Keen (PH-Selayang) bertanya kepada Menteri Pertahanan berhubung sama ada Kementerian Pertahanan telah menjalankan sebarang kajian pascanilai terhadap pelaksanaan modul Program Latihan Khidmat Negara setakat ini.

Selesai sesi soal jawab, persidangan diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sebelum tiga sesi penerangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Sesi penerangan itu termasuk berhubung insiden letupan gas di Putra Heights daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi; potensi dan hala tuju air bawah tanah di Malaysia daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan; serta penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-15 akan berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember ini.

Related Posts

Biodiesel B15 menyokong penjimatan bahan api negara, jangan ragu untuk gunakannya

PUTRAJAYA – Pengguna diesel disarankan untuk  tidak ragu menggunakan Biodiesel B15 yang mula dilaksanakan sejak 1 Jun lalu susulan bahan api itu serasi dengan enjin sedia ada selain menyokong agenda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

PUTRAJAYA – Pemberian Baucar Buku MADANI RM100 disifatkan bantuan tepat pada masanya ketika golongan mahasiswa ketika ini berdepan peningkatan kos sara hidup dan keperluan pembelajaran yang semakin tinggi. Mahasiwa Sarjana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Biodiesel B15 menyokong penjimatan bahan api negara, jangan ragu untuk gunakannya

Biodiesel B15 menyokong penjimatan bahan api negara, jangan ragu untuk gunakannya

Aminuddin sudah dapat restu Anwar bubar DUN Negeri Sembilan

Aminuddin sudah dapat restu Anwar bubar DUN Negeri Sembilan

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis

Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis