Larut Matang Selama dilanda banjir, 210 mangsa dipindahkan ke PPS

TAIPING – Hujan lebat berterusan sejak Jumaat mengakibatkan beberapa kawasan di Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) dilanda banjir sehingga memaksa 210 mangsa daripada 68 keluarga dipindahkan ke empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kawasan terjejas membabitkan enam taman perumahan dan enam kampung termasuk Taman Pengkalan Makmur, Taman Pengkalan Setia, Kampung Sentosa, Taman Mawar, Taman Simpang Makmur, Kampung Matang Jambu serta Kampung Telok Kertang.

“Kesemua PPS mula beroperasi antara jam 8.30 malam hingga 10.30 malam tadi bagi menempatkan penduduk yang kediaman mereka dinaiki air,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang merekodkan jumlah pemindahan tertinggi dengan 114 mangsa daripada 37 keluarga yang terdiri daripada penduduk Taman Mawar, Taman Simpang Makmur, Taman Indah, Taman Kota Jaya dan Kampung Jelapang Jaya.

Sementara itu, 31 mangsa dari Taman Pengkalan Makmur, Taman Pengkalan Setia dan Kampung Sentosa dipindahkan ke Dewan Serbaguna Taman Kaya, manakala 19 mangsa dari Kampung Matang Jambu dan Kampung Telok Kertang ditempatkan di PPS SK Matang.

Selain itu, seramai 56 mangsa dari Kampung Matang Pasir dan Kampung Matang Gelugor dipindahkan ke PPS SK Matang Gelugor.

Operasi pemindahan melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).

Turut membantu ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dalam pada itu, JPS memaklumkan paras air di Sungai Pilus, Kampung Lintang, Sungai Siput kini berada pada tahap waspada dengan bacaan 54.06 meter berbanding paras normal 52 meter.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula