Raja Sungai 2025: Saingan sengit, Sultan Pahang antara tetamu kehormat

KUCHING – Acara kemuncak Sarawak Regatta 2025 iaitu perebutan Piala Raja Sungai pada 2 November ini dijangka berlangsung sengit dengan penyertaan pasukan tempatan dan antarabangsa, sekali gus menambah prestij festival air bersejarah di Tebingan Sungai Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pertandingan penuh tradisi itu akan turut disaksikan oleh tetamu kehormat termasuk Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Turut hadir TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

“Piala Raja Sungai bukan sekadar perlumbaan biasa. Ia lambang sejarah dan warisan masyarakat di tebingan Sungai Sarawak. Kehadiran kerabat diraja Pahang menjadikan pertandingan tahun ini lebih berprestij dan bermakna,” katanya ketika ditemui media selepas sidang pengumuman rasmi festival berkenaan.

Menurut Abdul Karim, acara tradisi penuh simbolik itu bukan sahaja menonjolkan semangat kesukanan, tetapi juga mengangkat warisan budaya masyarakat setempat yang terus dipertahankan sejak berdekad lalu.

Beliau menambah, regatta tahun ini dijangka menarik kehadiran pelancong dalam dan luar negara, sekali gus menyumbang kepada usaha memperkukuh Sarawak sebagai destinasi pelancongan berteraskan warisan dan budaya.

Related Posts

Perjuangan hak MA63 perlu sokongan padu rakyat Sarawak – Adam Yii

MIRI – Majlis penutupan Gawai ‘Ngiling Tikai’ di Kampung Pujut Corner B pada Ahad menjadi platform memperkukuh perpaduan dan kesedaran masyarakat mengenai perjuangan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program Bakti Belia MADANI Sarawak pupuk semangat kesukarelawanan

MUKAH – Program Bakti Belia MADANI Peringkat Sarawak 2026 melabuhkan tirai secara rasmi dalam satu majlis penutup di Dewan Serbaguna, Kampung Tellian Laut pada Ahad. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penurunan harga diesel bukti kerajaan tangkas ringankan beban rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan tangkas ringankan beban rakyat

Kerajaan Negeri komited perkukuh pembangunan bola sepak di Sabah – Azrul

Kerajaan Negeri komited perkukuh pembangunan bola sepak di Sabah – Azrul

Perjuangan hak MA63 perlu sokongan padu rakyat Sarawak – Adam Yii

Perjuangan hak MA63 perlu sokongan padu rakyat Sarawak – Adam Yii

Program Bakti Belia MADANI Sarawak pupuk semangat kesukarelawanan

Program Bakti Belia MADANI Sarawak pupuk semangat kesukarelawanan

Perjanjian Petronas di Turkmenistan, Rusia bukti kehebatan diplomatik Malaysia di peringkat global

Perjanjian Petronas di Turkmenistan, Rusia bukti kehebatan diplomatik Malaysia di peringkat global

Dakwaan kebocoran data peribadi tular hanya insiden lama, tiada kaitan platform semasa

Dakwaan kebocoran data peribadi tular hanya insiden lama, tiada kaitan platform semasa