3 lagi sukarelawan GSF Malaysia ditahan, jumlah kini 15 orang

TIGA lagi sukarelawan Malaysia disahkan telah ditahan oleh tentera Israel selepas kapal yang mereka naiki, Free Willy, dipintas di Laut Mediterranean.

Mereka ialah Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs), Haikal Zulkefli dan Dr Taufiq Mohamad Razif. Kapal itu dilaporkan dipintas pada jam 7.53 pagi waktu Gaza.

Dengan penahanan ini, jumlah keseluruhan sukarelawan Malaysia yang ditahan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini meningkat kepada 15 orang.

Maklumat ini dimaklumkan oleh pihak Sumud Nusantara menerusi hantaran di laman Facebook mereka.

Dalam kenyataan sama, Sumud Nusantara turut memaklumkan bahawa tentera Israel (IOF) telah memintas sebuah lagi kapal misi kemanusiaan bernama All In. Setakat ini, sebanyak 14 buah kapal yang menyertai misi bantuan ke Gaza telah dipintas oleh tentera Israel.

Misi GSF merupakan inisiatif kemanusiaan antarabangsa yang bertujuan untuk membawa bantuan ke wilayah Gaza yang dikepung rejim Zionis.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula