Pas tunggang Trump buat kerajaan serba tidak kena, rugikan negara

LANGKAH Pas mahu bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan mengugut untuk mengadakan protes besar-besaran jika kunjungannya ke Malaysia tidak membawa suara mereka tentang Palestin, menampakkan bahawa parti itu cuba menunggang isu antarabangsa demi kepentingan politik parti mereka sendiri.

Penganalisis politik, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, ugutan Pas itu sengaja untuk memaksa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam situasi serba tidak kena.

Tegasnya, Pas berhasrat menyatakan bantahan terhadap penindasan rakyat Palestin jika Trump hadir di Sidang Kemuncak ASEAN di Malaysia dan turut meletakkan syarat bahawa tuntutan pertemuan mesti dipenuhi, jika tidak, mereka akan turun ke jalanan.

“Ini semua taktik untuk melihat kerajaan berada dalam keadaan serba tidak kena di mata penyokong-penyokong Pas. Pas cuba menunggang isu atarabangsa baik melonjakkan imej mereka sebagai pejuang Palestin sebenar walhal kita tahu Malaysia memang konsisten membela nasib rakyat Palestin sejak sekian lama.

“Tindakan ini tampak seperti strategi populis untuk menarik perhatian media dan pengundi yang sensitif kepada konflik Palestin. Dengan menuntut ruang media dan pamer keberanian, walapun realiti diplomasi jauh lebih kompleks, Pas kelihatan cuba membina imej sebagai juara rakyat walau cara yang bercirikan dramatik,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, Pas cuba meletakkan kerajaan berada dalam dilema di antara pilihan sama ada membenarkan pertemuan tersebut dan dikecam, atau menolak jemputan dan dilabel bercanggah dengan kerjasama antarabangsa.

“Dengan Pas memperbesarkan isu ini, kerajaan yang mengundang Trump berada dalam situasi agak perit, terpaksa menjawab tuduhan bahawa jemputan Trump adalah suatu penghinaan kepada keperihatinan rakyat terhadap Palestin.

“Tambahan pula, ketika kerajaan menyuarakan bahawa kehadiran Trump boleh memberi ruang kepada ASEAN membentangkan pendirian seimbang, Pas terus menyerang tajuk emosional: “membunuh rakyat Palestin”, “tidak munasabah sambut pembunuh”. Ini naratif menolak ruang kompromi dan memaksa pentadbiran kerajaan terjerat dalam dilema media,” katanya.

Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata, pendekatan yang digunakan Pas ini bakal mengundang risiko kepada kredibiliti Pas dan politik negara.

“Siapa yang menunggang api akhirnya terbakar dirinya sendiri. Pendekatan menunggang isu ini bukan tanpa risiko. Ia terserlah sebagai retorik semata-mata. Jika Trump datang dan Pas gagal “diterima untuk jumpa”, atau protes mereka tidak diberi liputan besar, Pas akan kelihatan seperti parti yang hanya pandai buat bising, bukan membina solusi.

“Tndakan Pas ini bakal menggadai kestabilan diplomasi negara. Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN cuba menjaga imej dan hubunga ntarabangsa. Tuntutan protes besar-besaran boleh menggusarkan penganjur dan delegasi negara lain.

“Politik isu yang bercirikan bantahan secara terbuka mudah disalahtafsir dan dieksploitasi oleh pihak lain. Pas mungkin memenangi simpati sebahagian penyokong, tetapi kehilangan mereka yang mahukan politik matang,” katanya.

Justeru, Azhar menegaskan, tuntutan Pas untuk “jumpa Trump atau protes besar-besaran” bukanlah soal keberanian semata, tetapi soal drama politik.

“Menunggang isu Palestin agar Pas tampil hero dalam persepsi awam tetapi dengan cara yang boleh memakan diri dan merugikan kerajaan dalam arena diplomasi.

“Pada akhirnya, kerajaan yang “dipaksa” mengambil langkah reaktif lebih mudah dianggap “serba tak kena”. Pas sendiri berisiko dilihat seperti parti pembuat hal daripada penyelesai. Dalam politik negara yang semakin kritis dan rakyat makin celik, strategi drama begini bukan jalan panjang untuk tambah lagi kuat tetapi ia boleh meruntuhkan kredibiliti sendiri,” katanya.

Related Posts

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi tekanan kos operasi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat