Benfica kalah angkara gol sendiri di Stamford Bridge

PENGURUS Benfica, Jose Mourinho tewas dalam kepulangannya ke Stamford Bridge apabila gol sendiri Richard Rios menyebabkan bekas pengendali The Blues itu mengalami kekalahan 1-0 dalam saingan Liga Juara-Juara.

Kesilapan Rios pada separuh masa pertama itu meranapkan impian Mourinho untuk meraih kemenangan ke atas kelab yang paling sinonim dengannya.

Mourinho dan bekas pemilik Chelsea, Roman Abramovich mengubah Chelsea menjadi kuasa besar bola sepak selepas pelantikannya pada tahun 2004, memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan tujuh trofi utama sepanjang dua tempoh kendaliannya di sana.

Mourinho memulakan musim ini sebagai pengurus Fenerbahce tetapi dipecat pada Ogos sebelum kembali ke bekas kelabnya, Benfica, bulan ini.

Namun begitu, Stamford Bridge – lokasi kegemilangan silamnya tidak membawa tuah buat Mourinho sejak meninggalkan Chelsea pada 2015.

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama