Penganjuran sukan mampu pupuk gaya hidup sihat – Abdul Rahman

LIMBANG – Penganjuran pelbagai aktiviti kesukanan seperti kejohanan badminton bukan sahaja dapat menyemai budaya bersukan dalam kalangan masyarakat, malah turut berperanan penting dalam menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk setempat, khususnya di Bahagian Limbang.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, inisiatif penganjuran kejohanan seperti Pertandingan Badminton Berpasukan Bahagian Limbang 2025 dilihat sebagai satu usaha yang sangat baik dan wajar diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan masyarakat terus didedahkan dengan kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti fizikal dan rekreasi yang teratur.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa memberikan sokongan penuh kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun persatuan sukan tempatan termasuk Persatuan Badminton Bahagian Limbang (PBBL) yang sentiasa proaktif dalam menganjurkan pelbagai program berbentuk kesukanan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dari segi kesihatan, kecergasan dan perpaduan komuniti.

“Melalui penganjuran kejohanan seumpama ini, kita dapat mendorong masyarakat untuk lebih aktif bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Selain itu turut membuka ruang kepada pemain-pemain tempatan untuk menimba pengalaman, mengasah bakat serta membina keyakinan dalam suasana pertandingan sebenar,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan kejohanan tersebut di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Presiden PBBL berkata, kejohanan tersebut turut berfungsi sebagai platform yang sangat berkesan dalam merapatkan hubungan silaturahim antara pemain dari pelbagai latar belakang, di samping mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan komuniti sukan di bahagian berkenaan.

Dalam kejohanan yang berlangsung dengan meriah itu, Pasukan Team Lawas telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan setelah menampilkan aksi cemerlang sepanjang pertandingan, sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000, piala serta pingat sebagai pengiktirafan atas kejayaan mereka.

Sementara itu, pasukan Dream Team (TERKAM) berjaya meraih tempat naib juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 beserta piala dan pingat, manakala tempat ketiga bersama telah dikongsi oleh pasukan Dream Team (SMASH) dan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Lawas, yang masing-masing menerima RM1,000, piala dan pingat sebagai penghargaan terhadap penyertaan dan prestasi mereka.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dr Abdul Rahman sendiri selaku tetamu kehormat.

Related Posts

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

SUNGAI PETANI – Enam sekeluarga maut termasuk seorang bayi berusia enam bulan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanah dan kenderaan utiliti sukan, di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

ISKANDAR PUTERI – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai medan penting untuk membuktikan kekuatan dan kebangkitan semula Barisan Nasional (BN), sekali gus memberi isyarat bahawa “gelombang biru” berpotensi kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM