Anggap 6 sen tiada makna, bukti Pas jauh dari realiti rakyat – Mahfuz

KINI rakyat sangat kecewa dan mengecam kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Halimah Ali, yang memperlekeh penurunan harga RON95 sebanyak 6 sen dengan alasan ia tidak memberi kesan besar kepada rakyat.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan ini membuktikan pemikiran Pas terlalu jumud dan jauh daripada denyut nadi rakyat terbanyak.

Katanya, bagi rakyat biasa yang setiap hari mengisi minyak untuk motosikal atau kereta kecil, setiap sen yang dijimatkan amat bermakna.

“Realiti hidup rakyat tidak boleh ditimbang dengan kaca mata politik sempit Pas. Walaupun penurunan harga minyak kelihatan kecil, ia memberi impak positif kepada kehidupan rakyat .

“Pas sengaja menutup mata terhadap hakikat ini kerana mereka ketandusan idea.

“Bagi rakyat, penjimatan walau sedikit itu nikmat. Bagi Pas, nikmat mereka hanya bila rakyat susah,” ujarnya.

Menurut Mahfuz lagi, rakyat hari ini bersyukur dengan langkah Kerajaan MADANI.

Penurunan harga RON95 adalah sebahagian daripada strategi menyeluruh kerajaan dalam menangani kos sara hidup: daripada subsidi bersasar, bantuan tunai, kawalan harga barang asas hinggalah agenda reformasi gaji.

Sebaliknya, Pas hanya tahu mengkritik tanpa sebarang cadangan bernas. Ketika bersama kerajaan terdahulu, harga minyak turun naik tanpa kawalan jelas.

“Rakyat rasa terbeban, dan Pas membisu. Hari ini, bila kerajaan ambil langkah meringankan beban, walau sedikit, Pas pula memperlekeh.

“6 sen kecil, tapi cukup buat Pas hilang akal , itulah tanda otak mereka lebih ringan dari duit syiling,” katanya.

Menurut Mahfuz, rakyat kini tahu bersyukur kerana walau kecil namun ada nikmatnya.

Bagi Pas, ahlinya hanya tahu membangkang walau besar manfaatnya. Malah gagal untuk mengutarakan cadangan yang lebih baik.

Amanah bersyukur kerana rakyat tidak terpedaya dengan retorik politik murahan Pas.

Realitinya, Kerajaan MADANI konsisten mendengar rintihan rakyat dan mengambil langkah berperingkat demi memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

“Bagi Pas, 6 sen itu kecil. Bagi rakyat, 6 sen itu rezeki. Itulah beza pemimpin yang dekat dengan rakyat berbanding parti yang hanya hidup dengan hasutan,” katanya.

Related Posts

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

PUTRAJAYA – Belanjawan 2027 dijangka menjadi belanjawan terbesar negara dengan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan diunjur mencecah RM440.9 bilion berbanding RM421.2 bilion dalam Belanjawan 2026. Menurut MBSB Investment Bank Bhd, peningkatan perbelanjaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

KOTA BHARU – Jenazah pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, dan juruterbang helikopter BO 105S, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, yang maut dalam nahas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai