Pelaksanaan Hala Tuju SMJ bukti keupayaan ekonomi pulih, kesejahteraan terjamin

TAWAU – Pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sepanjang hampir lima tahun ini menjadi bukti keupayaan Kerajaan Negeri memulihkan ekonomi, memperkukuh pembangunan serta menjaga kesejahteraan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, segala janji dan perancangan menerusi agenda SMJ banyak dilakukan walaupun berdepan pelbagai cabaran.

“Walaupun berdepan kata-kata sindiran dan tohmahan, kepimpinan kerajaan ini tetap teguh melaksanakan amanah yang diberikan rakyat.

“Marilah kita bersama-sama menilai setiap kerja yang dilaksanakan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) seterusnya memberi sokongan untuk kami terus menerajui negeri Sabah sekali gus merealisasikan Sabah yang maju dan berjaya,” katanya sempena Majlis Pecah Tanah Tapak Dewan Baharu Anak Merotai di Kampung Merotai Besar di sini, pada Isnin.

Teks ucapannya dibacakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib.

Jelas Hajiji, pembangunan infrastruktur seperti pembinaan dewan dan lampu solar LED yang sebelum ini disuarakan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Tan Sri Liew Yun Fah akan menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup rakyat luar bandar sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memastikan tiada rakyat yang tercicir dalam arus pembangunan negeri.

“Inisiatif pembinaan dewan dan lampu solar LED termasuk banyak inisiatif lain yang diwujudkan dan praktikkan adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan GRS dalam memperkasakan pembangunan luar bandar di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Justeru, saya berharap rakyat terus bersatu padu dan insya-Allah akan lebih banyak lagi pembangunan dibawa ke kawasan ini (Merotai),” katanya.

Mengenai dewan bernilai RM2 juta itu, Hajiji berharap agar ia akan menjadi pusat pertemuan masyarakat yang menjadi tempat berlangsungnya program keagamaan, latihan belia, bengkel kemahiran, dan pelbagai lagi aktiviti yang dapat menyemai semangat perpaduan serta kekitaan dalam kalangan penduduk.

“Selain itu, dewan ini berpotensi menjadi pemangkin kepada aktiviti keusahawanan dan perniagaan kecil di mana usahawan tempatan boleh menggunakan dewan ini untuk mengadakan ekspo jualan, pasar komuniti, seminar keusahawanan dan pelbagai aktiviti ekonomi yang mampu menjana pendapatan kepada penduduk setempat.

“Saya juga mahu kerja-kerja pembinaan dewan ini berjalan lancar dan siap mengikut jadual yang ditetapkan seiring dengan komitmen kita yang bukan saja menjana kemajuan ekonomi, tetapi turut komited dalam menyempurnakan pembangunan infrastruktur asas, membasmi kemiskinan tegar dan mensejahterakan kehidupan rakyat seluruhnya,” ujarnya.

Related Posts

Tuntutan 40 peratus hasil Sabah hak rakyat, bukan agenda politik

KOTA KINABALU – Tuntutan 40 peratus hasil Sabah ditegaskan sebagai hak mutlak rakyat dan bukannya agenda mana-mana parti politik dalam Sesi Libat Urus melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

BAU – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi di sungai di Kampung Segubang, petang Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

Tuntutan 40 peratus hasil Sabah hak rakyat, bukan agenda politik

Tuntutan 40 peratus hasil Sabah hak rakyat, bukan agenda politik

Ekonomi MADANI: Bukan sembang kosong atas kertas

Ekonomi MADANI: Bukan sembang kosong atas kertas

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan