Netizen lega pelaksanaan BUDI95, kerajaan bijak susun strategi untuk rakyat

WARGA maya meluahkan rasa lega dan sokongan terhadap pelaksanaan inisiatif subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang diumumkan kerajaan, dengan menyifatkannya sebagai langkah bijak dalam memastikan manfaat subsidi sampai kepada golongan sasar.

Menerusi tinjauan The Malaysia Press di platform Thread, seorang pengguna, @suffrizal berkata, langkah itu dilihat mampu menyelesaikan isu berlarutan termasuk masalah penyeludupan petrol bersubsidi ke negara jiran serta penggunaan tidak wajar oleh individu yang tidak layak.

“Aku bukanlah ‘pro-gov’. Tapi aku nampak BUDI95 ni menyelesaikan beberapa perkara, masalah warganegara seberang yang selalu cilok petrol bersubsidi, penyeludupan ke luar negara, serta isu pembaharuan lesen ‘rider/driver’ yang sering timbul apabila berlaku kemalangan,” tulisnya di Thread.

Bagi @anne_warrad, inisiatif itu dianggap sebagai langkah mengurangkan kebocoran dana negara.

“’As a tax payer’ walaupun tak banyak, ‘I am happy with this’ BUDI95. Kalau korang duduk di ‘border’, korang tahu lah berapa banyak duit tax kita ‘leak’ ke negara jiran,” katanya.

Turut berkongsi pandangan, @osmanhanapi berharap usaha reformasi ekonomi dan sosial yang dibawa kerajaan MADANI terus diberi peluang untuk dilaksanakan.

“Bismillah semoga Anwar Ibrahim menjadi lagi Perdana Menteri Malaysia untuk penggal akan datang. Ramai komplen subsidi bersasar tapi tak sedar ianya sangat-sangat bersasar dan hanya miskin terus dibantu,” ujarnya.

Nada sama turut disuarakan oleh @reduanmdakhir yang menyifatkan keutamaan Perdana Menteri jelas kepada rakyat bawahan, bukan memperkayakan kroni.

“Insya-Allah makin ramai rakyat yang dah buka mata dengan pembaharuan yang dibawa PMX. Keutamaan beliau membantu rakyat bawahan, bukan memperkaya anak-bini dan kroni,” katanya.

Sementara itu, @joey_santanas menyifatkan Kerajaan MADANI sebagai antara pentadbiran terbaik yang pernah ada dalam sejarah negara.

“Betul tu, walaun memang tak pandai menghargai kepimpinan Kerajaan MADANI, hanya nampak yang buruk saja sedangkan ini kerajaan paling terbaik Malaysia pernah ada,” tulisnya.

Pelaksanaan BUDI95 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, dengan harga petrol RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta