BUDI95: Hari pertama pelaksanaan berjalan lancar – Saifuddin

SANDAKAN – Hari pertama pelaksanaan Inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, program yang diumumkan Perdana Menteri itu didahulukan kepada anggota pasukan beruniform bagi menguji keberkesanan sistem sebelum diperluas kepada penerima lain.

“Saya turun sendiri meninjau di stesen Petronas di Sandakan dan diperlihatkan lima kaedah pembelian minyak.

“Dua daripadanya menggunakan kad pengenalan (MyKad) di kaunter dan terminal pam manakala tiga lagi menggunakan aplikasi Setel serta Touch ‘n Go (TnG) eWallet.

“Kedua-dua kaedah saya dapati berfungsi dengan baik, malah aplikasi Setel yang digunakan di lebih 1,100 stesen Petronas dilihat lebih pantas kerana pengesahan kerakyatan dibuat melalui Know Your Customer (e-KYC),” katanya dalam Sidang Media Menteri Dalam Negeri di Petronas Jalan Bokara, di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, kira-kira 300,000 anggota polis dan tentera menikmati skim subsidi bersasar itu hari ini yang turut dianggap sebagai ujian ‘stress test’ terhadap keupayaan sistem pelaksanaan di peringkat awal.

Bermula esok, program itu akan diperluaskan kepada lapan juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebelum meningkat kepada 18 hingga 20 juta rakyat pada 30 September 2005.

Saifuddin berkata, keunikan sistem ini ialah setiap transaksi akan memaparkan jumlah subsidi kerajaan contohnya bagi pembelian RM20, pengguna dapat melihat jumlah subsidi antara RM1.61 hingga RM2.60 bergantung pada harga semasa.

Tambah beliau, had kelayakan 300 liter subsidi sebulan ditentukan berdasarkan data Jabatan Perangkaan (DOSM) dan Kementerian Kewangan (MoF) akan dinilai semula dalam tempoh dua hingga empat bulan mengikut corak penggunaan di setiap kawasan.

Dalam pada itu, Saifuddin mengingatkan pemilik MyKad agar memastikan kad mereka berfungsi baik kerana ia menjadi komponen penting bagi mengesahkan kerakyatan ketika pembelian menggunakan kaedah MyKad.

“Purata penggantian MyKad rosak sebelum ini sekitar 1,000 sehari, namun selepas pengumuman dibuat, kesedaran meningkat sehingga 13,632 MyKad diganti dalam tempoh lima hari sahaja.

“Bagi memudahkan orang ramai, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menawarkan penggantian dalam masa 30 minit di pejabat negeri dengan bayaran RM10 dikecualikan mulai 21 September 2025 hingga 7 Oktober ini,” katanya.

Beliau berkata, pengecualian bayaran itu menyebabkan kehilangan hasil sekitar RM714,000 kepada JPN, namun ia wajar kerana membantu melancarkan pelaksanaan BUDI95.

Related Posts

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan mewartakan atau melaksanakan proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bertarikh 19 April 2026, susulan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa proklamasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC