Keselamatan, tatakelola baik asas kemajuan negara – PM Anwar

SANDAKAN – Aspek keselamatan negara dan tatakelola yang baik merupakan kunci utama untuk memastikan Malaysia terus aman serta menarik pelaburan dan pelancongan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, meskipun kerajaan membelanjakan jumlah besar sehingga mencecah antara RM6 bilion hingga RM21 bilion untuk pertahanan, tahap kelengkapan pasukan keselamatan masih perlu diperkukuh bagi memastikan kesiapsiagaan negara.

“Kalau nak jaga negara, tatakelola mesti baik. Jangan ada ketirisan, keborosan dan rasuah.

“Kalau pemimpin diberi amanah tetapi kerja dia sakau, pecah amanah, maka negara hebat sekalipun tidak terkawal,” katanya ketika berucap pada Program Jelajah Wira MADANI di Zon Maritim Sandakan, di sini pada Sabtu.

Anwar berkata, kecekapan agensi seperti Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan pasukan keselamatan lain akan memberi keyakinan kepada pelabur asing sekali gus meningkatkan kemasukan pelancong ke negara ini.

Tambahnya, keamanan negara menjadi asas kepada pertumbuhan sektor pelancongan, khususnya di Sabah yang kini menjadi destinasi pilihan pelancong dari Eropah dan Asia.

“Siapa sangka 10 tahun lalu Sabah boleh jadi tarikan pelancongan utama.

“Hari ini, ada hotel dibina syarikat Perancis, kehadiran pelancong dari Jerman, China, Korea semakin ramai.

“Semua ini kerana keamanan dan infrastruktur yang kita perbaiki,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa isu penyeludupan manusia, senjata, dadah dan pencerobohan perairan negara memerlukan pasukan keselamatan yang berdisiplin serta berintegriti tinggi.

“Program seperti ini penting supaya rakyat faham cabaran sebenar.

“Jangan mudah dengar orang hanya pandai bersyarah, hentam sana sini. Negara kita aman kerana pengorbanan pasukan keselamatan,” katanya.

Menyentuh isu pembangunan di Sabah, Anwar berkata, keperluan mempercepatkan projek infrastruktur seperti naik taraf Lapangan Terbang Tawau yang melibatkan kos besar adalah demi memenuhi keperluan ekonomi dan pelancongan.

Dalam ucapannya, beliau juga mengingatkan agar rakyat tidak terperangkap dengan politik sempit perkauman, sebaliknya menilai kepimpinan berdasarkan dasar dan integriti.

“Masalah utama kita bukan kaum, tapi masalah pimpinan dan dasar.

“Kalau pemimpin salah guna kuasa, kaya dengan projek dan balak, akhirnya rakyat yang susah. Itu yang kita mesti betulkan,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan