Malaysia MADANI kerangka perubahan, bukan sekadar slogan – KP JKOM

KONSEP Malaysia MADANI yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar slogan kerajaan, sebaliknya merupakan kerangka besar dalam melaksanakan perubahan yang diperlukan rakyat dan negara pada masa kini.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, konsep itu mengangkat nilai kehidupan manusia dan menekankan keperluan melakukan normalisasi semula terhadap pendekatan lama yang tidak lagi sesuai untuk menangani cabaran semasa.

“Bila kita bincangkan tentang membangun Malaysia MADANI, ia bukan sekadar slogan kerajaan tetapi disebut sebagai kerangka untuk melakukan perubahan.

“Malah, ia diangkat berasaskan al-Quran untuk membawa perubahan secara radikal dan menyeluruh.

“Situasi dunia kini menuntut kita keluar daripada cara berfikir dan pendekatan lama kerana cara yang normal itu tidak lagi mampu menyelesaikan cabaran pasca normal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Ismail menegaskan, komunikasi politik di Malaysia tidak seharusnya hanya dilihat daripada perspektif pemain politik semata-mata kerana masing-masing mempunyai kepentingan tertentu.

Sebaliknya, katanya, penglibatan lebih ramai aktivis sosial media dan pengaruh masyarakat mampu menghidupkan wacana sihat, sekali gus memperkukuh nilai keadilan dan kebenaran dalam masyarakat.

“Apa yang lebih penting bukan soal komunikasi politik atau platform media sosial sahaja, tetapi siapa yang terlibat hingga ia menjadi satu fenomena sama ada positif atau negatif.

“Kita mahu lebih ramai individu yang berani tampil, bukan sekadar menyokong membuta tuli tetapi hadir untuk menyampaikan kebenaran,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan