Sarawak hasrat anjur semula Sukan Borneo

KUCHING – Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak berhasrat mahu menganjurkan semula Sukan Borneo.

Difahamkan penganjuran acara sukan tersebut kali terakhir dianjurkan pada 2009.

Menurut beliau, hasrat ini juga sudah diusulkan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

“Sukan Borneo merupakan acara terbaik dalam usaha merapatkan hubungan Malaysia, Brunei dan Indonesia terutama Kalimantan,” ujar beliau.

Tambah beliau, sukan tersebut merupakan platform terbaik untuk atlet Malaysia khususnya Sarawak mempamerkan bakat mereka di peringkat antarabangsa.

“Saya sudah berbincang dengan rakan-rakan kita dan yakin ini platform yang terbaik untuk atlet kita bersaing di peringkat antarabangsa,” kata beliau ketika Majlis Makan Malam Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 di Pusat Persidangan Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

Sementara itu, beliau berkata Sarawak juga mahu menaja penganjuran pertama Sukan Borneo sekiranya dihidupkan semula.

“Sarawak tidak kisah asalkan dapatkan membangunkan sukan negara selain demi perpaduan rakyat,” ujar beliau lagi.

Tambah beliau, Sarawak mahu menjadikan sukan sebagai platform perpaduan menyatupadukan rakyat hingga ke negara jiran.

“Dengan itu, tiada selisih faham antara kita dengan negara jiran lain,” kata beliau lagi.

Abang Johari juga berbangga Sarawak berpeluang mengetengahkan penggunaan teknologi digital iaitu teknologi dron dalam majlis perasmian pembukaan SUKMA baru-baru ini.

Related Posts

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP). Dalam kenyataan yang dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

MUKAH – Dua keluarga menarik nafas lega selepas projek baik pulih kediaman mereka di bawah Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) DUN Tellian kini disahkan siap sepenuhnya mengikut standard…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur