Gol Martinelli bantu Arsenal ikat City

GOL penyamaan saat akhir Gabriel Martinelli memastikan Arsenal meraih satu mata berharga selepas terikat 1-1 menentang Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, lewat malam tadi.

Jaringan pemain Brazil itu hadir pada minit ke-93, sekali gus membatalkan kelebihan awal pelawat yang diperoleh menerusi Erling Haaland pada minit kesembilan hasil serangan balas pantas yang dimulakan Tijjani Reijnders.

Reijnders bijak melepasi kawalan di bahagian tengah sebelum melorongkan bola kepada Haaland yang tenang menyudahkan peluang di depan penjaga gol Arsenal, David Raya.

Arsenal bergelut untuk mencipta peluang pada babak pertama namun dua pertukaran dilakukan Mikel Arteta di babak kedua dengan memasukkan Eberechi Eze yang memberi impak positif.

Eze hampir menyamakan kedudukan apabila memaksa Gianluigi Donnarumma melakukan satu aksi menyelamat cemerlang, ketika Arsenal mula mendominasi permainan dengan tekanan tinggi ke atas pertahanan City yang dilihat lebih pasif berbanding kebiasaan.

City tampak seakan mampu bertahan sehingga tamat perlawanan namun Martinelli menyentak harapan mereka apabila bijak menyempurnakan hantaran lambung Eze sebelum berjaya melepasi kawalan Donnarumma pada minit ke-93.

Related Posts

United tersingkir saingan Piala Carabao, kalah 2-3 kepada Brighton

MANCHESTER United mengalami satu lagi episod memalukan apabila tersingkir daripada saingan Piala Carabao selepas tewas 2-3 kepada Brighton & Hove Albion dalam aksi pusingan ketiga di Old Trafford awal pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Leeds belasah Newcastle 4-1

LEEDS United membelasah Newcastle United 4-1 di Elland Road awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama kepada pengurus baharu The Magpies,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong