PRN17 Sabah: BN tidak tanding semua 73 kerusi, fokus kawasan boleh menang

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon di kesemua 73 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN17) Sabah dan hanya fokus di kawasan yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk dimenangi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah sebenar kerusi yang akan ditandingi akan diumumkan selepas dimuktamadkan, termasuk beberapa kawasan baharu selain 14 kerusi yang pernah dimenangi sebelum ini.

“Yang pasti, kita akan bekerjasama dengan ‘third force’ di Sabah bagi memastikan kerusi-kerusi yang dipertandingkan memihak kepada BN.

“Kita juga telah mencapai persetujuan dengan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak berlaku pertindihan calon,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Flag-Off Skuad Sukarelawan Barisan Nasional Sabah di Bangunan UMNO Sabah, pada Sabtu.

Zahid menambah, pada PRN lalu BN memenangi 14 kerusi, namun untuk PRN kali ini parti yakin jumlah kemenangan akan melebihi angka tersebut.

“Kerusi-kerusi ini akan dimuktamadkan sepenuhnya selepas pembubaran rasmi,” jelasnya.

Related Posts

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi tekanan kos operasi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat