Lelaki hilang dibawa arus ketika cari etok

KUANTAN – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus ketika mencari etok di Sungai Pahang, berhampiran Kampung Bukit Kenau, dekat Pekan, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, insiden berlaku kira-kira jam 6 petang ketika mangsa, Mohd Zainureen Abd Rashid, 45, mencari kerang sungai itu bersama empat ahli keluarga.

Katanya, lima anggota dari BBP Peramu bergegas ke lokasi sebaik saja menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.18 petang.

Berdasarkan keterangan saksi, beliau berkata, mangsa mencari etok di tempat cetek tetapi dipercayai tenggelam selepas termasuk ke kawasan lubuk di Sungai Pahang.

“Mangsa dilaporkan terkapai-kapai dibawa arus sebelum hilang,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, ahli keluarga mangsa yang turut mencari kerang di lokasi itu dikatakan cuba menyelamatkan mangsa, namun gagal.

“Berdasarkan keterangan penduduk, lokasi kejadian adalah bekas tapak lombong pasir.

“Paras kedalaman sungai di lokasi mangsa dilaporkan hilang, dianggarkan lebih dua meter,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa ditangguhkan pada jam 7.30 malam tadi dan akan disambung pagi ini.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar