Media jambatan komunikasi rakyat dan kepimpinan politik

KOTA KINABALU – UMNO Sabah menyatakan bahawa hubungan baik dengan pengamal media menjadi teras strategi komunikasi parti bagi memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan seimbang.

Hal itu dizahirkan menerusi Majlis Makan Malam Mesra bersama pengamal media yang dianjurkan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Bung Moktar berkata, media memainkan peranan sebagai jambatan komunikasi antara rakyat dan kepimpinan politik, sekali gus menjadi saluran utama menyampaikan suara rakyat.

“Dalam era politik baharu, suara rakyat tidak hanya terbentuk di dewan parlimen atau pentas ceramah, tetapi juga melalui wacana media.

“Hubungan konstruktif dengan wartawan adalah sebahagian penting daripada strategi komunikasi UMNO Sabah bagi memastikan maklumat yang tepat dan seimbang sampai kepada rakyat,” katanya di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Suhaimi menekankan bahawa media bukan sekadar penyampai berita, tetapi agen wacana demokratik yang membantu memperkukuh literasi politik rakyat.

“Keupayaan kita untuk berkomunikasi dengan jelas dan beretika akan menentukan sama ada politik difahami sebagai penyelesaian, atau sekadar dilihat sebagai retorik.

“Justeru, kerjasama UMNO dengan media bukan soal kepentingan partisan, tetapi usaha memperkukuh literasi politik rakyat,” ujarnya.

Majlis makan malam itu turut menjadi platform dialog terbuka antara pemimpin politik dan pengamal media, mencerminkan pendekatan komunikasi politik moden yang menekankan keterbukaan, kebertanggungjawaban dan keberkesanan.

UMNO Sabah melalui penganjuran ini memberi isyarat bahawa menjelang PRN17, parti bukan sahaja fokus kepada penyediaan manifesto, tetapi turut mengutamakan komunikasi strategik inklusif agar suara rakyat dapat diterjemahkan secara berkesan melalui saluran media berwibawa.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan keterbukaan itu turut disertai kepimpinan Persatuan Wartawan Sabah (SJA) bersama-sama dengan pengamal media daripada pelbagai agensi.

Related Posts

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

KUANTAN – Seramai 300 pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Isap Murni menyertai Program STEM Camp MOSTI 2026 selama dua hari di sekolah berkenaan, baru-baru ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan