Inter menang selesa 2-0 atasi Ajax

MARCUS Thuram menjaringkan dua gol menerusi tandukan untuk membantu Inter Milan membuka kempen Liga Juara-Juara dengan kemenangan selesa 2-0 ke atas Ajax di Johan Cruyff Arena, awal pagi tadi.

Naib juara musim lalu itu menebus kekecewaan selepas dibelasah Paris Saint-Germain 5-0 pada final Mei lalu, selain menamatkan rentetan dua kekalahan berturut-turut dalam saingan Serie A musim ini.

Thuram menjadi watak utama apabila meledak gol pertama tiga minit sebelum rehat, menyambut sepakan sudut Hakan Calhanoglu dengan tandukan deras untuk menewaskan benteng Ajax.

Dua minit selepas babak kedua bermula, penyerang antarabangsa Perancis itu sekali lagi memanfaatkan hantaran sudut Calhanoglu untuk menanduk masuk gol kedua.

Dengan kapten Lautaro Martinez hanya duduk di bangku simpanan akibat kecederaan belakang, Thuram hampir membuka jaringan seawal minit ke-33 tetapi percubaannya sedikit tersasar.

Seminit kemudian, dia diberikan sepakan penalti selepas dijatuhkan Youri Baas, namun keputusan itu dibatalkan selepas semakan VAR menunjukkan Thuram terlebih dahulu menarik jersi lawannya.

Detik paling hampir buat Ajax hadir pada minit ke-40 apabila Mika Godts berjaya melepasi perangkap ofsaid dan hanya berdepan penjaga gol Inter, Yann Sommer, namun percubaannya diselamatkan cemerlang oleh kaki penjaga gol veteran Switzerland itu.

Selepas itu, Inter menguasai sepenuhnya perlawanan dan memastikan kemenangan pertama di bawah kendalian pengendali baharu Cristian Chivu, bekas kapten Ajax, sekali gus meredakan tekanan selepas kekalahan kepada Udinese dan Juventus di Serie A.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai