PDRM, MCMC siasat empat laporan ugutan video lucah palsu guna AI

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat empat laporan berhubung ugutan penyebaran video lucah palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) melibatkan beberapa ahli politik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kes berkenaan disiasat sebagai cubaan pemerasan.

Kes pertama melibatkan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, yang menerima e-mel pada 12 September lalu daripada pihak tidak dikenali menuntut bayaran sebanyak AS$100,000.

Sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh tiga hari, video lucah palsu menggunakan wajah beliau akan disebarkan di media sosial.

Kes kedua pula membabitkan Ahli Dewan Negara, Datuk Nelson W. Angang dengan modus operandi sama, manakala dua lagi laporan turut dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Wong Chia Zhen dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari.

Beliau berkata, semua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

PDRM bersama MCMC sedang mengesan pemilik e-mel terbabit bagi membantu siasatan lanjut.

Tegasnya, pihak polis memberi amaran bahawa mana-mana individu yang terbabit dalam menghasilkan, menyebarkan atau menggunakan bahan lucah palsu itu akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan