PDRM, MCMC siasat empat laporan ugutan video lucah palsu guna AI

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat empat laporan berhubung ugutan penyebaran video lucah palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) melibatkan beberapa ahli politik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kes berkenaan disiasat sebagai cubaan pemerasan.

Kes pertama melibatkan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, yang menerima e-mel pada 12 September lalu daripada pihak tidak dikenali menuntut bayaran sebanyak AS$100,000.

Sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh tiga hari, video lucah palsu menggunakan wajah beliau akan disebarkan di media sosial.

Kes kedua pula membabitkan Ahli Dewan Negara, Datuk Nelson W. Angang dengan modus operandi sama, manakala dua lagi laporan turut dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Wong Chia Zhen dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari.

Beliau berkata, semua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

PDRM bersama MCMC sedang mengesan pemilik e-mel terbabit bagi membantu siasatan lanjut.

Tegasnya, pihak polis memberi amaran bahawa mana-mana individu yang terbabit dalam menghasilkan, menyebarkan atau menggunakan bahan lucah palsu itu akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman