Lawatan PM bawa rekod pelaburan, bukan untuk bercuti – Jimmy Puah

AHLI Parlimen Tebrau, Jimmy Puah menegaskan bahawa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara bukanlah atas tujuan peribadi, sebaliknya untuk mengangkat martabat Malaysia di pentas antarabangsa serta membawa masuk pelaburan asing langsung (FDI) bernilai besar ke dalam negara.

Beliau berkata, sindiran yang dilemparkan pimpinan Pas dalam Muktamar parti itu terhadap Perdana Menteri adalah tidak berasas kerana pencapaian Anwar telah diiktiraf dunia.

“Di peringkat antarabangsa, China sendiri memuji beliau dalam Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), manakala Amerika Syarikat turut mengiktiraf peranan penting beliau dalam membantu gencatan senjata Thailand–Kemboja. Ini bukan pencapaian kecil, tetapi bukti Malaysia kembali dihormati di mata dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Jimmy menjelaskan, hasil lawatan kerja Perdana Menteri berjaya membawa pulang pelaburan berimpak tinggi.

Pada tahun 2024, jumlah pelaburan yang diluluskan Malaysia mencecah RM378.5 bilion (AS$86 bilion), meningkat 14.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, RM170.4 bilion datang daripada pelaburan asing, manakala RM208.1 bilion merupakan pelaburan domestik.

“Bagi separuh pertama tahun 2025 sahaja, Malaysia telah meluluskan pelaburan bernilai RM190.3 bilion, iaitu peningkatan 18.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dan dijangka mewujudkan lebih 89,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat,” jelasnya.

Beliau menegaskan, rekod ini membuktikan tiada Perdana Menteri dalam sejarah Malaysia yang berjaya menarik jumlah FDI lebih tinggi daripada Perdana Menteri Kerajaan MADANI.

“Jelas sekali, Pas hanya cemburu kerana PMX telah meraih pengiktirafan dunia dan berjaya membawa masuk lebih banyak pelaburan asing berbanding mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

“Fakta dan angka membuktikan perkara ini, bukannya sekadar retorik. Saya ingin menanya pimpinan Pas, apa sumbangan Pas terhadap pembangunan ekonomi negara?” katanya.

Ujarnya, Perdana Menteri wajar dipuji kerana berjaya mengembalikan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap Malaysia, sesuatu yang gagal dicapai oleh mana-mana pemimpin terdahulu.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu