Keretapi Sarong jadi program pelancongan Selangor

KERETAPI Sarong bakal menjadi program pelancongan sekali gus dimasukkan dalam taqwim Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

Perkara itu diumumkan oleh Exco Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim yang berkata, program yang dilaksana sejak 2012 itu mempunyai potensi besar kerana disertai ribuan peserta saban tahun terutama golongan muda.

“Walaupun ini pertama kali Selangor terlibat, namun kita nampak permulaan baik. Hebahan daripada anak muda yang merupakan pengguna tegar media sosial mampu memberi impak positif kepada sektor pelancongan negeri.

“Tahun depan pula Selangor bakal jadi tuan rumah SUKMA (Sukan Malaysia), jadi sangat penting untuk Kerajaan Negeri promosi sektor pelancongan,” katanya ketika ditemui dalam program Keretapi Sarong di Kuala Lumpur, semalam.

Terdahulu Suee Lim dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling berkumpul bersama hampir 1,000 peserta Keretapi Sarong di Stesen Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sri Damansara Sentral.

Sementara itu, pada acara sama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyediakan 62 jenis air balang secara percuma kepada peserta program bermula jam 12 tengah hari.

Ketua Seksyen Komunikasi Korporat Pengurusan Jenama Air Selangor, Muhamad Asyraf Ahmad Suhaibi berkata, jumlah air balang itu simbolik sambutan Hari Malaysia ke-62.

“Pengunjung boleh dapatkan air seperti teh ais, soya cincau, bandung. Semua ini antara minuman kegemaran rakyat Malaysia. Kita beri bermula tengah hari sehingga habis.

“Lebih menarik kali ini ada hadiah cabutan bertuah iaitu Vespa Primavera S150 bernilai RM20,000,” katanya.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu