Bekalan elektrik terganggu di pantai timur Sabah, talian 275kV Kolopis–Segaliud rosak

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengesahkan beberapa daerah di Pantai Timur Sabah termasuk Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Beluran mengalami gangguan bekalan elektrik susulan kerosakan talian penghantaran 275kV Kolopis–Segaliud.

Ketua Pegawai Operasi SESB, Ir. Ts. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof berkata, gangguan berlaku sekitar pukul 5.05 petang pada Sabtu sebelum proses pemulihan bekalan dijalankan secara berperingkat.

“Pasukan teknikal kini giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca talian sambungtara Kolopis–Segaliud terpelantik.

“Tidak dinafikan, keadaan cuaca teruk ketika ini turut memberi kesan secara langsung kepada gangguan bekalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata usaha pemulihan sedang dilakukan dengan segera meskipun cabaran cuaca menjejaskan operasi di lapangan.

SESB turut merakamkan penghargaan kepada semua pengguna di Pantai Timur Sabah atas kesabaran dan keprihatinan mereka serta memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Maklumat lanjut berhubung status bekalan elektrik akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran media sosial rasmi SESB.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan