Wakil rakyat perlu faham visi penting untuk rakyat Sabah – Nurul Izzah

SANDAKAN – Sabah memerlukan suara wakil rakyat yang faham dengan visi dan misi pembangunan, bagi memastikan keadaan di negeri itu untuk tempoh 10 tahun akan datang lebih baik berbanding sekarang.

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, adalah penting bagi Sabah memiliki pemimpin yang bervisi, kerana terdapat pelbagai isu perlu ditangani di negeri itu.

Antaranya seperti pembangunan sektor, infrastuktur serta kewarganegaraan dan isu legasi pemerintahan terdahulu.

“Semasa Kongres Nasional Tahunan PKR 2024/2025 (Mei), saya sebut 13 kerusi (sasar tanding pilihan raya negeri Sabah), tetapi kita juga bergantung kepada suara anak negeri, yang paling penting ialah seberapa mungkin PKR yang lahir di Sabah sejak 1999, terus berakar.

“Pada saya pemimpin yang mempunyai visi amat penting, jadi ia tidak penting sangat banyak mana (kerusi bertanding), tetapi sudah tentu dalam polisi Pakatan Harapan, kita mahu memastikan kita sebagai suara yang dapat juga memberi nilai tambah kepada anak negeri,” katanya, lapor Bernama.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata, sentimen undi parti tempatan bukan suatu cabaran kerana calon diangkat parti pada pilihan raya negeri ke-17 (PRN17) itu juga semua adalah anak Sabah, yang akan membawa suara rakyat negeri itu.

Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 November ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.

Related Posts

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

SUBANG JAYA – Sebanyak 426 bangkai tikus berjaya dikutip dalam operasi pembersihan yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar kawasan SS15, semalam. MBSJ berkata, operasi berkenaan susulan tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang