Banjir: Pastikan kesiapsiagaan optimum, Hajiji arah semua JPBD diaktifkan

KOTA KINABALU – Semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di negeri ini diarah diaktifkan serta-merta khususnya di kawasan yang kerap dilanda banjir berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini sekali gus memastikan kesiapsiagaan dalam tahap yang optimum.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah itu juga antara lain mempercepatkan koordinasi antara agensi keselamatan, jabatan teknikal serta pihak berkuasa tempatan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam.

“Dengan pengaktifan JPBD, sebarang bentuk bantuan dapat digerakkan lebih pantas termasuk kerja-kerja penyelamatan, pemindahan mangsa dan penyediaan keperluan asas di pusat pemindahan sementara,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Hajiji turut mengingatkan penduduk supaya sentiasa peka terhadap amaran cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan.

Penduduk di kawasan berisiko juga dinasihat supaya berwaspada dengan hujan berterusan dan segera berpindah apabila diarahkan pihak berkuasa.

“Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap situasi banjir dan tanah runtuh yang berlaku. Saya sudah arahkan semua JPBD supaya diaktifkan sepenuhnya agar setiap tindakan dapat diselaras dan rakyat terjejas mendapat perlindungan serta bantuan sewajarnya.

“Jangan ambil risiko berada di kawasan bahaya. Keselamatan keluarga mesti
diutamakan.

“Kerajaan akan memastikan bantuan makanan, logistik dan keperluan lain terus disalurkan kepada semua mangsa,” ujarnya.

Menurut Hajiji, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, sehingga pukul 12 tengah hari pada Jumaat, seramai 379 mangsa daripada 123 keluarga dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di Beaufort dan Penampang.

“Di Beaufort, 149 mangsa daripada 53 keluarga kini ditempatkan di PPS Selagon manakala di Penampang, seramai 230 mangsa daripada 70 keluarga dipindahkan ke tiga PPS iaitu Kompleks Sukan Penampang (83 orang), SK St Paul Kolopis (50 orang) dan Dewan Huguan Siou (97 orang).

“Secara keseluruhan, jumlah mangsa di PPS melibatkan 127 lelaki dewasa termasuk warga emas, 139 wanita dewasa serta warga emas manakala selebihnya 113 terdiri daripada kanak-kanak dan bayi,” tambahnya.



Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

KEPUTUSAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai tindakan memilih untuk ‘mufarakah’ atau berpisah daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam