Sarawak berpotensi besar sebagai hab tenaga hijau – PM

KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Sarawak mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai hab tenaga hijau rantau Asia, sekali gus memainkan peranan penting dalam agenda peralihan tenaga negara.

Berucap pada majlis makan malam sempena lawatan rasmi beliau ke Sarawak, Anwar berkata, kestabilan politik dan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan serta negeri menjadi asas utama dalam merealisasikan cita-cita tersebut.

“Apabila politik stabil, barulah kita boleh meyakinkan pelabur untuk datang dan membangunkan industri. Sarawak mempunyai kekuatan dari segi sumber, terutama dalam tenaga boleh diperbaharui seperti hidro dan hidrogen hijau yang kini mendapat perhatian dunia,” katanya .

Menurut beliau, keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia semakin meningkat, dengan Sarawak dilihat sebagai nadi penting dalam menjayakan projek peralihan tenaga.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut mengingatkan agar negara tidak hanya menumpukan kepada kemajuan teknologi, tetapi juga memastikan nilai, moral dan jati diri rakyat dipelihara.

“Anak-anak kita mesti dididik dengan penguasaan teknologi, tetapi pada masa sama harus bangga dengan agama, budaya dan sejarah sendiri. Inilah yang akan membezakan manusia daripada teknologi,” tegasnya.

Beliau juga menekankan keperluan penguasaan bahasa termasuk bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris untuk kekuatan global, tanpa mengabaikan bahasa ibunda lain seperti Iban, Melanau dan Tamil yang menjadi khazanah perpaduan negara.

Anwar menegaskan kestabilan politik dan pembangunan inklusif menjadi kunci memastikan Malaysia terus bergerak ke hadapan.

“Dengan kekuatan ekonomi, sosial dan dasar yang jelas, insya-Allah negara ini akan terus maju, makmur dan dihormati di peringkat antarabangsa,” katanya penuh keyakinan.

Majlis itu turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama barisan menteri Persekutuan dan negeri sebagai simbol eratnya hubungan dalam semangat Keluarga Malaysia menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Kredit Foto: Abdul Majid Azman

Related Posts

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

SERDANG – Kerajaan akan membincangkan cadangan pelaksanaan audit forensik terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam mesyuarat Kabinet, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cadangan berkenaan susulan saranan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima maklumat berkaitan kebimbangan terhadap kualiti anak benih sawit serta pelaksanaan program pembangunan dan tanam semula sawit di FELDA Palong 7,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

  • By Siti
  • August 25, 2026
Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?