Sarawak tekad jadi negeri hab tenaga hijau serantau

KUCHING – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha mengangkat Malaysia sebagai hab tenaga hijau di rantau Asia.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Komuniti sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berlangsung di Sarawak Chamber Ballroom pada Khamis malam.

Dalam ucapannya, Abang Johari menekankan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Sarawak yang semakin kukuh, khususnya selepas negeri itu menerima pengiktirafan daripada International Hydropower Association yang menobatkan Empangan Bakun sebagai salah satu pengeluar tenaga hidro terbaik dunia.

“Ini bukti usaha kita mengangkat imej Malaysia di pentas antarabangsa. Malah, teknologi baharu daripada syarikat antarabangsa seperti Siemens diyakini mampu melonjakkan kapasiti pengeluaran hidrogen Sarawak kepada 350 kilogram sejam, berbanding 130 kilogram sehari ketika ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa tenaga kerja tempatan, termasuk anak muda Sarawak, semakin diiktiraf kerana keupayaan profesional mereka dalam mengurus projek berimpak tinggi dalam era tenaga boleh diperbaharui.

“Insya-Allah, tahun depan lebih banyak projek perintis akan dilaksanakan, membuka ruang kepada anak muda untuk membina masa depan dalam sektor tenaga hijau,” ujarnya.

Sementara itu, Premier Sarawak memuji Perdana Menteri kerana berjaya mengangkat imej Malaysia di mata dunia sebagai pejuang keamanan melalui diplomasi serantau dan antarabangsa.

“Doa kita agar negara terus aman, rakyat berbilang kaum hidup harmoni, dan Malaysia terus melangkah maju. Apabila Sarawak kuat, Malaysia akan lebih hebat,” katanya penuh optimis.

Related Posts

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

PUTRAJAYA – Belanjawan 2027 dijangka menjadi belanjawan terbesar negara dengan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan diunjur mencecah RM440.9 bilion berbanding RM421.2 bilion dalam Belanjawan 2026. Menurut MBSB Investment Bank Bhd, peningkatan perbelanjaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

KOTA BHARU – Jenazah pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, dan juruterbang helikopter BO 105S, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, yang maut dalam nahas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai