KUANTAN – Kerajaan Pahang sentiasa menghargai sumbangan pemain industri pelancongan di negeri ini, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan terus memberi perhatian terhadap industri pelancongan sebagai antara industri utama negeri yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi di Pahang.
“Untuk itu, kerajaan negeri memberikan tumpuan kepada usaha merancakkan sektor pelancongan dengan kerjasama pihak berkepentingan.
“Ini bagi membantu pembangunan infrastruktur dan aktiviti promosi pelancongan dan seterusnya dapat meningkatkan kehadiran pelancong ke Pahang, terutamanya dalam persediaan sempena Tahun Melawat Malaysia (Visit Malaysia) Tahun 2026,” katanya.
Terdahulu Wan Rosdy menghadiri Malam Penghargaan Pelancongan Pahang di sini, malam tadi.
Hadir sama Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man.



