Anwar tiba di India untuk lawatan rasmi

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara India di sini pada Isnin, untuk lawatan rasmi tiga hari bagi mengukuhkan hubungan 67 tahun Malaysia-India dan mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor untuk masa hadapan.

Pesawat khas membawa Anwar mendarat di Pangkalan Tentera Udara Palam, di sini pada jam 9.47 malam (12.17 tengah malam waktu Malaysia), lapor Bernama.

Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Ketibaan Anwar disambut Menteri Kereta Api India, V Somanna, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B N Reddy dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Muzafar Shah Mustafa.

Acara sambutan rasmi Perdana Menteri yang akan berada di sini dari 19 hingga 21 Ogos pada lawatan pertamanya ke India selepas memegang jawatan pada November 2022, akan berlangsung di pekarangan kediaman rasmi Presiden India, Rashtrapati Bhavan diikuti mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya Narendra Modi pada Selasa.

Mesyuarat ini akan membolehkan kedua-dua pemimpin mengkaji semula kerjasama semasa dan meneroka inisiatif bagi mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-India, yang telah dinaikkan kepada Perkongsian Strategik Dipertingkatkan pada 2015.

Kedua pemimpin itu juga akan membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

Perdana Menteri dalam usaha memajukan lagi kerjasama ekonomi Malaysia-India akan turut menyertai mesyuarat meja bulat dengan beberapa pemimpin industri India.

Pada 2023, jumlah dagangan Malaysia dan India mencecah RM76.62 bilion (AS$16.53 bilion), dengan Malaysia menikmati lebihan RM15.89 bilion (AS$3.43 bilion).

India adalah pengimport terbesar minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit Malaysia dengan jumlah import RM11.31 bilion (AS$2.44 bilion).

Import utama Malaysia dari India termasuk produk petroleum (RM6.62 bilion atau AS$1.44 bilion) dan produk pertanian, termasuk daging halal (RM5.79 bilion atau AS$1.27 bilion).

Pada 2023, Malaysia adalah rakan dagangan ketiga terbesar India dalam kalangan Negara Anggota ASEAN.

Malaysia dan India mempunyai hubungan sejarah dan sosiobudaya yang rapat.

Related Posts

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PUTRAJAYA – Seorang bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diperintah menjalani hukuman penjara empat tahun selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan terhadapnya bagi kesalahan menerima rasuah RM200,000 berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

PUTRAJAYA – Bekas hakim serta pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan antara calon paling layak dipertimbangkan dalam mengisi jawatan Ketua Pesuruhjaya baharu buat agensi terbabit. Presiden Pemerhati Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa